
WAKIL TUNGGAL MALAYSIA DALAM KEJOHANAN KE 35 RALLY OF THAILAND
Pelumba veteran litar lumba & ralI negara, Hj Sutan Mustaffa bin Salihin bakal menyertai Kejohanan ke-35 Rally of Thailand buat pertama kalinya. Kejohanan tersebut yang dijadualkan berlangsung pada 6hb – 9hb Oktober 2022 hujung minggu yang juga merupakan pusingan kedua dan ketiga Thailand Rally Championship akan berlangsung di Rayong, Thailand.
Rally of Thailand 2022 ini akan berlangsung di salah satu kawasan tumpuan pelancongan di Rayong iaitu di Wang Chan iaitu satu tanah khas persendirian perlancongan Tasik Prasae Reservoir Wang Chan iaitu lebih kurang 50 KM dari Bandar Perlanconan Rayong. Dijadualkan akan berlangsung sebanyak 18 Super Special Stages serta melibatkan penyertaan hampir 50 buah kereta dari pelbagai kategori perlumbaan.
Hj Sutan Mustaffa yang akan dibantu oleh Juru Arah yang baru iaitu seorang yang berpengalaman, Shahrol Zainal akan mempertaruhkan jentera Subaru Imprezza WRX 2000 cc 4WD Turbo iaitu kereta yang sama digunakan dalam pusingan pertama Kejohanan Rali Nasional Malaysia (MNRC) 2022 yang berlangsung di Maran, Pahang akhir Julai lalu. Malah kali ini pemnambahbaikan jentera telah dilakukan dengan menggantikan turbo serta clutch perlumbaan yang baru.

Pelbagai perlumbaan & kejuaraan telah dimenangi oleh Hj Sutan Mustaffa sepanjang kariernya. Pengalaman dalam Toyota Gazoo Racing (TGR), Malaysian Festival of Speed (MSF), Malaysian Championship Series (MCS), Malaysian Rally Championship (MRC) dan pelbagai kejohanan perlumbaan lain menjadikan taruhan pengalaman yang sangat berharga kepada beliau. Nama Hj Sutan
Mustaffa adalah tidak asing dalam pentas podium di litar lumba & rali peringkat Kebangsaan sejak 1998 sehingga kini.
Pasukan ini adalah dari Kelab Sukan Permotoran Pengembaraan Millennium yang ditaja oleh SMS Motorsport & Driving, Secret Service Garage (SSG) dan Superman Print Lab. Segala persiapan sudah lengkap dilakukan dan pasukan ini bersedia memberikan cabaran untuk mengukir nama sebagai antara pemenang keseluruhan dalam Kejohanan ke-35 Rally of Thailand ini.

“Kami telah melakukan perancangan sejak sebulan yang lalu dan pelbagai persiapan telah dilakukan samada dari meningkatkan keupayaan jentera lumba Subaru itu sendiri, persiapan kecerdasan pelumba dan menghubungi rakan-rakan di Thailand bagi mendapatkan maklumat serta info bagi memudahkan penyertaan kali pertama saya ini”.
“Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas Kerjasama yang diberikan oleh pihak-pihak yang membantu urusan persediaan kami seperti Kementerian Belia & Sukan Malaysia (KBS), Motorsport Association of Malaysia (MAM). MITI, Kastam Diraja Malaysia dan sokongan rakan-rakan permotoran di Malaysia,” ujar Hj Sutan Mustaffa yang juga merupakan seorang Guru Al-Quran.
BACA : PERSIAPAN RAPI BERLUMBA DI THAILAND. HENZEE & CHEPOT TELAH BERSEDIA!
BACA : THAILAND RALLY CHAMPIONSHIP RD 3 & 4 : LAGU NEGARAKU BERKUMANDANG DI PETCHABUN

