Buletin

PERODUA AXIA GENERASI BAHARU BAKAL TERIMA ENJIN 1.OL TURBO MACAM ATIVA?

Menurut laporan media Indonesia baru-baru ini, Toyota Agya dan Daihatsu Ayla, kembar kepada Perodua Axia, bakal diperkenalkan pada Mac tahun hadapan di sana.

Apa yang menarik adalah hatchback segmen-A tersebut akan dilengkapi enjin 1.0 liter tiga-silinder turbo, sama seperti Perodua Ativa, kembar Daihatsu Rocky dan Toyota Raize.

Terdapat dua jenis enjin ditawarkan untuk pasaran Indonesia untuk Rocky dan Raize iaitu 1KR-VET 1.0 liter tiga-silinder turbo berkuasa 97hp dan tork maksima 140Nm. Manakala pilihan enjin NA generasi baharu WA-VE 1.2 liter tiga-silinder DOHC Dual VVT-i pula berkuasa 87hp dan tork maksima 112Nm.

Bagi pasaran Indonesia, kedua-dua enjin dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan atau transmisi automatik CVT Dual Mode (D-CVT).

Ayla-Agya-Axia serba baharu ini berkemungkinan diasaskan dari platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

Salah satu kelebihan platform modular DNGA ialah ia boleh ‘plug and play’, disesuaikan dengan enjin dan kotak gear berbeza mengikut keperluan model.

Namun begitu, jangan teruja lagi. Ini kerana kemungkinan untuk Axia berkongsi resipi yang sama seperti Ayla dan Agya menggunakan enjin 1.0 liter turbo adalah agak mustahil kerana Perodua perlu memastikan model kompak tersebut boleh dijual pada harga mampu milik.

Jadi, penggunaan enjin 1.2 liter tiga-silinder WA-VE dilihat lebih relevan.

Namun berita itu masih belum dapat dipastikan secara rasmi. Mengikut perkiraan, sekiranya Ayla dan Agya diperkenalkan di pasaran Indonesia pada Mac tahun hadapan, ada kemungkinan kita hanya mampu melihat Axia generasi baharu ini pada suku keempat 2023.

Google ads
Back to top button