,
Buletin

PERSIAPAN RAPI BERLUMBA DI THAILAND. HENZEE & CHEPOT TELAH BERSEDIA!

Seperti yang semua sedia maklum, pasukan One Motorsports bakal mempertaruhkan dua kereta lumba rali bagi beraksi di Lampang. Thailand sempena Thailand Rally Championship pusingan 3 & 4. Henzee sekali lagi bakal bergandingan dengan kembarnya, Syamim manakala pemandu handalan Chepot bakal kembali berganding bersama Amirul untuk mengibarkan cabaran.

JIkalau sebelum ini untuk menuju ke Petchabun pun sudah dirasakan jauh bagi krew yang bergerak menggunakan jalan darat, kali ini krew sekali lagi harus menempuh jarak sehingga 4000 km jauhnya pergi dan balik. Mengambil masa kira – kira empat perjalanan dari Kuala Lumpur untuk tiba di Lampang.

Walaupun sebelum ini prestasi Henzee sewaktu berlumba di Petchabun agak memuaskan, namun untuk bersaing dengan jentera yang lebih laju seperti Honda Brio sesuatu harus dilakukan. Apalah yang diharapkan sangat pada enjin Campro tersebut. Perabis duit sampai beribu pun belum tentu kuasa kudanya mampu ditingkatkan dengan ketara. Lantas jalan mudahnya adalah dengan melakukan proses penukaran enjin.

Pilihan utama sudah tentu menyumbat masuk enjin Mivec yang juga bersesaran 1.6 liter. Walau pun ianya merupakan enjin biasa, tapi kuasanya cukup luar biasa. Menurut Henzee yang Brader Karrager temui pada majlis penyerahan Jalur Gemilang tempohari, beliau agak terkejut dengan jumlah kuasa yang mampu diekstrak daripada nadi buatan Mitsubishi tersebut. Ujian dyno yang dijalankan, mampu mencatat 140bhp manakala kelajuan maksimum yang mampu dicatat adalah 220 km/j/ Beza sangat katanya jikalau dibandingkan dengan enjin asal.

Brader Karrager sempat menonton klip video shakedown yang dilakukan oleh Henzee bagi menguji kereta dengan enjin baharunya. Dia punya buas jangan cakaplah. Apatah lagi dengan gandingan mantap chasis Satria Neo yang diakui mempunyai pengendalian yang agak baik. Memang boleh saing dah dengan kereta rali jenama Jepun yang lain ni. Apatah lagi kini Satria Neo tersebut turut menerima tajaan baharu daripada Nanoenergy, sebuah syarikat tempatan yang mengeluarkan bahan pelincir untuk enjin yang handal. Sudah tentu semangat semakin membuak – buak untuk Henzee dan Syamim memburu kejayaan.

Chepot juga bakal berlumba di Thailand setelah menjadi pemerhati sahaja tempohari. Sudah tentu beliau juga telah bersedia untuk bersaing dengan kereta rali yang jauh lebih moden dan laju. Dan untuk itu, Chepot telah memesan (fuh macam order Foodpanda sahaja gayanya) Subaru Impreza GC8 dari Jepun bagi beraksi di Thailand. Cumanya memandangkan kesuntukan masa, hanya perkakasan dari kereta lama sahaja yang sempat di bawa masuk ke dalam kereta baharu. Enjin pun masih lagi menggunakan dari kereta yang lama. Tak dan nak buat apa menurut Chepot.

Barangkali ada yang bertanya mengapa si Chepot ini memesan GC8 sedangkan kereta rali beliau sebelum ini juga adalah model yang sama. Suka untuk Brader Karrager kongsikan, Chepot sebelum ini telah pun mempunyai beberapa buah koleksi GC8. Termasuklah sebuah dalam kondisi yang sangat memelehkan air liur dan juga air hidung. Boleh digunakan untuk sehari – hari. Tunggu masa aja Brader Karrager nak inteview GC8 beliau yang berwarna biru Subaru itu.

Oh ya, barangkali ada juga peminat rali yang tertanya tentang rekaan grafik baharu untuk GC8 beliau. Memandangkan mereka menerima rakan penaja baharu, Rymax maka suatu keputusan telah diambil untuk memberikan rekaan grafik baharu. Sebenarnya kalau diperhatikan warna asas mereka masih lagi sama, cumanya kali ini warna putih lebih menyerlah dan tampak lebih menarik bukan? Siapa tahu, rekaan grafik yang baharu ini bakal memberikan tuah?

Apa pun, semoga yang terbaik buat kedua – dua pelumba One Motorsports. Moga podium menjadi milik kalian kelak.

BACA : RODUWAN RASHID JAURA MRC 2017 RALLY OF PERLIS

BACA : TRI-NATION SPRINT RALLY – ABD KAATHIR MUNCUL JUARA

Tags
Google ads
Back to top button