NIAT NAK BANTU MOTOSIKAL WARGA EMAS ROSAK TEPI JALAN, PEMANDU GRAB DISAMUN DENGAN KERAMBIT
Tular satu hantaran di Facebook mengenai seorang pemandu Grab disamun di Kopodim, Kuching, Sawarak baru-baru ini.
Menerusi akaun Facebook Aza Na, ada perkongsian tangkap layar perbualan bersama rakannya yang menceritakan seorang pemandu grab disamun ketika membantu warga emas mengalami kerosakan motor.
Pemandu grab tersebut diugut dengan kerambit dan penyamun berjaya melarikan wang tunai berjumlah RM400. Lebih malang, warga emas yang dilihat seperti meminta pertolongan itu hanyalah perangkap.
Rata-rata warganet mengatakan bahawa kawasan tersebut sememangnya sering terjadi kes jenayah. “Hati-hati jalan seorang diri. Jangan berhenti sekiranya keadaan mencurigakan,” pesan seorang warganet di ruangan komen hantaran tersebut.
Ada beberapa komen pada hantaran mendakwa sering melihat seorang pakcik dengan motosikalnya di tepi jalan. Bahkan ada yang berandaian bahawa sekiranya benar apa yang dilihat oleh mereka sebelum ini, bermakna mereka sering melakukan jenayah samun dengan taktik serupa sejak sekian lama.
Tiada maklumat lanjut mengenai kes samun itu setakat ini. Namun diharapkan kita lebih berhati-hati terutama apabila berada di kawasan merbahaya dan gelap. Jadikan kes samun ini sebagai pengajaran. Jangan sampai terperangkap dengan taktik licik penjenayah.
Sekiranya curiga, terus hubungi pihak polis bagi membolehkan mereka melakukan tinjauan di kawasan berkenaan. – I Love Borneo
- BACA: TULAR ‘KIA CHALLENGE’ DI TIKTOK, KES KECURIAN KERETA GUNA KABEL USB MENINGKAT
- BACA: RAM 1500 TRX KENA KEBAS DI KILANG PEMASANGAN STELLANTIS. BUKAN KES KECURIAN PERTAMA
- BACA: PASUKAN CANTAS PDRM PANTAU KES KECURIAN KENDERAAN TERSADAI AKIBAT BANJIR
- BACA: KES KECURIAN DI SIC – PENCURI SUDAH TAHU APA YANG HENDAK DIREMBAT