
WRC2 2025 – OLIVER SOLBERG LAKUKANNYA BUAT KALI KETIGA BERTURUT TURUT DI RALLY SWEDEN
Bintang rali tuan rumah Oliver Solberg menepati ramalan sebagai pemandu pilihan apabila berjaya mengungguli saingan kelas WRC2 di Rally Sweden dengan mempamerkan pemanduan dalam kelas tersendiri.
Oliver Solberg ternyata cukup handal apabila menguasai perlumbaan dari awal hingga akhir di atas jalan yang laju dan dilitupi salji di sekitar Umeå,dengan mengemudi Toyota GR Yaris Rally2 miliknya dengan margin 42.5 saat untuk mengatasi pemandu muda Roope Korhonen yang juga memandu jentera yang sama.

Untuk rekod Roope Korhonen adalah juara WRC2 2023. Ternyata ianya merupakan hari yang cukup indah buat Toyota apabila empat buah jentera mereka menguasai kedudukan 1 – 2 untuk kelas WRC dan juga WRC2.
Ternyata prestasi Oliver Solberg tidak berupaya disangkal lagi apatah lagi beraksi di bumi sendiri dengan menguasai perlumbaan termasuklah untuk peringkat Wolf Power Stage. Untuk rekod, ini merupakan kemenangan kali ketiga berturut – turut buat Oliver Solberg di Rally Sweden ini. Dua aksi kemenangan sebelum ini Oliver Solberg melakukannya dengan memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2.
Bagi Roope Korhonen pula, hujung minggu yang lalu di Rally Sweden adalah sesuatu yang cukup manis untuk dikenang. Juara WRC3 2023 itu berjaya memperolehi kemenangan podium pertama beliau untuk kelas WRC2, menambahkan keputusan terbaik beliau sebelum ini hanya berada di tempat keempat, juga dengan lokasi yang serupa di Sweden. Kejayaan ini juga membolehkan beliau mendahului pungutan mata untuk kelas WRC2 Challenger musim 2025 ini.

Seorang lagi pemandu dari Finland Mikko Heikkilä pula berjaya mendapatkan podium terakhir untuk memastikan jenama Skoda ini mempunyai wakil senarai tiga teratas bersama jentera Skoda Fabia RS Rally2 dengan ketinggalan 25.8 saat di belakang Roope Korhonen.
Pemandu mula Finland tersebut walau bagaimana pun sempat dicabar sengit rakan senegara Lauri Joona dan juga pemandu dari Estonia, Georg Linnamäe.
Persaingan WRC2 musim dijangka lebih sengit apabila perlumbaan berikutnya di Safari Rally Kenya pada minggu ketiga Mac nanti.
Kredit Foto : WRC
BACA : ERC 2023 – OLIVER SOLBERG MENANG DI BUMI SENDIRI BAUHAUS ROYAL RALLY OF SCANDINAVIA
BACA : OLIVER SOLBERG CEMERLANG DI RALLY SWEDEN DALAM AKSI WRC2



