Buletin

OLIVER SOLBERG CEMERLANG DI RALLY SWEDEN DALAM AKSI WRC2

Oliver Solberg berjaya memulakan aksi beliau dalam kempen FIA Word Rally Championship (WRC) WRC2 apabila berjaya memenangi perlumbaan Rally Sweden. Sebetulnya ini merupakan perlumbaan kedua beliau bersama kereta Skoda Fabia RS Rally2 setelah memandu buat pertama kali ketika Rallye Monte – Carlo.

Namun, perlumbaan di Rally Sweden menjadi venue penting buat Oliver Solberg untuk turun bagi memulakan cabaran kutipan mata buat pertama kali. Ternyata Oliver Solberg tidak menghampakan pasukan baharu beliau Toksport WRT apabila cukup selesa mendominasi perlumbaan yang di adakan di kampung halaman beliau sendiri, Sweden.

Oliver Solberg yang merupakan anak kepada lagenda Petter Solberg kehilangan kerusi dalam jentera Rally1 setelah berpisah dengan pasukan Hyundai Motorsport penghujung musim lalu. Ternyata Oliver Solberg berjaya membalas kepercayaan yang diberikan oleh pasukan Toksport WRT apabila mengenepikan saingan pemandu Ole Christian Veiby yang turut memandu Volkswagen PoloGTi Rally2 dengan kelebihan 42.3 saat. Suatu catatan masa yang cukup baik untuk pemandu muda yang berusia 21 tahun itu. Malah Oliver Solberg mempamerkan corak pemanduan yang cukup handal apabila tidak melakukan satu pun kesilapan pada hari terakhir saingan.

Malah ketika saingan Rallye Monte – Carlo juga beliau turut mempamerkan pemanduan yang handal namun beliau memutuskan untuk tidak mendaftarkan diri bagi kutipan mata. Lagi pun katanya baru pertama kali, jadi biar ketika perlumbaan di Rally Sweden baru difikirkan untuk mengutip mata. Dan hasilnya, kutipa mata penuh berjaya diperoleh sekali gus berkongsi kutipan mata sebagai pendahulu bersama Yohan Rossel yang memandu Citroen C3 Rally2.

Setidaknya keputusan ini berjaya mengembalikan semula semangat Oliver Solberg yang menampilkan pemanduan tidak menentu ketika memandu jentera Hyundai i20 N Rally1 musim lepas walau pun hanya berkongsi jentera ketiga bersama Dani Sordo.

Sudah pasti salah satu sasaran Oliver Solberg musim ini adalah mahu mencabar kejuaraan Rally2. Apatah lagi beliau kini bersama pasukan dan kereta rali yang cukup handal dalam saingan Rally2 ini.

Yang pasti, hanya aksi yang cemerlang musim sahaja bakal menjadi salah satu tiket penting buat Oliver Solberg jika sekiranya beliau berhasrat untuk kembali semula ke kelas utama WRC pada masa hadapan.

BACA : OLIVER SOLBERG AHIRNYA SAHIH BAKAL BERLUMBA UNTUK SKODA MUSIM HADAPAN

BACA : OLIVER SOLBERG BAKAL MEMANDU JENTERA HYUNDAI i20 COUPE WRC

Google ads

B K

Back to top button