
WRC2 2025 – YOHAN ROSSEL JUGA UNGGUL DI TEMPAT RALLYE MONTE-CARLO
Pemandu WRC2 berasal Perancis, Yohan Rossel berjaya muncul sebagai pemenang di perlumbaan pembuka tirai musim ini Rallye Monte-Carlo dengan mendominasi hampir keseluruhan perlumbaan.
Kejayaan Yohan Rossel yang memandu jentera Citroen C3 Rally2 ini mengulangi keputusan yang serupa pada tahun lepas selepas berjaya menewaskan Pepe Lopez hanya dengan kelebihan 4.0 saat sahaja. Namun situasi berbeza musim ini apabila Yohan Rossel berjaya mempamerkan perlumbaan yang cemerlang untuk menguasai di Monte-Carlo dari mula hingga ke akhir.

Malah ketika perlumbaan hari Sabtu Yohan Rossel berjaya mendapatkan kemenangan sempurna enam peringkat perlumbaan yang membolehkan beliau memperolehi kelebihan tiga minit untuk bermula pada hari Ahad
Bergandingan dengan Jururarah Arnaud Dunand, Yohan Rossel memenangi 15 daripada 17 peringkat perlumbaan dan mendahului perlumbaan dari awal hingga akhir. Pemanduan yang sempurna itu memastikan PH Sport memperolehi penamat satu-tiga, dengan adik lelaki Léo Rossel mengungguli kategori WRC2 Challenger dan Eric Camilli menduduki tempat kedua di antara mereka.
“Terima kasih kepada pasukan saya. Ianya bukanlah kemenangan saya seorang sepanjang minggu ini tetapi kemenangan pasukan dan pemilihan tayar yang tepat,” ujar Yohan Rossel.

Malah keputusan cemerlang kedudukan 1-2 daripada pasukan PH Sport juga hampir – hampir menjadi nyata apabila adik beliau Léo Rossel berjaya menduduki tempat kedua keseluruhan ketika saingan hari Sabtu apabila menewaskan Eric Camilli yang memandu jentera Hyundai i20 N Rally2 dengan perbezaan masa yang cukup rapat.
Akan tetapi keputusan podium ketiga untuk Léo Rossel dilihat cukup hebat buat beliau yang baharu sahaja melangkah ke pentas WRC2 buat pertama kali di Rallye Monte-Carlo ini.
Yang pasti kemenangan podium 1-2-3 di Rallye Monta Carlo ini menggembirakan rakyat tempatan apabila ketiga – tiga pemandu adalah berasal dari Perancis.

Sementara itu, pemandu pilihan WRC2, Oliver Solberg yang turut beraksi di Rallye Monte-Carlo ini juga sebenarnya turut beraksi tetapi memilih untuk tidak mengutip mata. Hanya sebagai untuk menguji kemampuan jentera yang dipandu buat kali pertama secara kompetetif Toyota GR Yaris Rally2. Pun begitu beliau masih berupaya menamatkan perlumbaan di tempat keenam untuk kelas WRC2 walau pun sempat dikenakan penalti selama lima minit akibat daripada belanja penonton drift di laluan yang hairpin yang popular Fairmont.
Foto : WRC
BACA : CITROEN RACING AKAN MEMPERTARUHKAN ADIK BERADIK UNTUK AKSI WRC2 MUSIM 2025
BACA : WRC2 2024 – YOHAN ROSSEL BANGKIT UNTUK MENANG DI MONTE CARLO

