
PEUGEOT Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan tiga pemenang bertuah bagi Kempen Beli & Menang.
Tiga pemenang berkenaan telah menempah dan mendaftar PEUGEOT 408 dalam tempoh peraduan, sekaligus memenangi perjalanan Kelas Perniagaan 3H2M untuk dua orang ke Paris dan menghadiri acara fesyen berprestij, Paris Fashion Week 2025.
Tiga pemenang bertuah tersebut ialah Nurfhatiah Zulkarnaini dari Seremban yang membeli 408 GT, Mohamad Faris bin Harrun dari Ipoh dengan 408 Premium, dan Muhammad Izzul Aiman bin Zahir dari Pulau Pinang dengan 408.

Ketiga-tiga pemenang akan terbang dan menikmati Paris bersama pasangan mereka dari 8 hingga 10 Mac 2025.
Apabila ditanya tentang kemenangan mereka, para pemenang menggambarkan hadiah itu sebagai peluang sekali seumur hidup untuk menghadiri acara fesyen global sebesar itu.
Muhammad Izzul menambah, “Saya tinggal di Pulau Pinang manakala isteri saya bekerja di Subang, jadi saya memandu turun ke KL setiap kali hujung minggu dalam PEUGEOT 408 Allure baharu kami.
“Perjalanan sentiasa selesa dan menyeronokkan tetapi kini kereta ini telah membawa kami lebih dekat, kerana kami akan terbang ke Paris bersama-sama buat kali pertama.”
Sebagai sebahagian daripada persiapan untuk Paris Fashion Week 2025, para pemenang dan pasangan menghadiri sesi penggayaan peribadi yang dihoskan oleh Pengasas KL Fashion Week.







