WRC2 2024 – YOHAN ROSSEL BANGKIT UNTUK MENANG DI MONTE CARLO
Pelumba handalan Perancis dalam kelas WRC2, Yohan Rossel berjaya meninggalkan dua pesaing rapat, Pepe López dan Nikolay Gryazin pada hari Ahad untuk merakam kemenangan berturut-turut Rallye Monte-Carlo 2024.
Bermula pada perlawanan hari Ahad, Yohan Rossel ketinggalan 6.9, saat di belakang rakan sepasukannya yang turut memandu jentera Citroën C3 Rally2, Nikolay Gryazin, Rossel merapatkan catatan masa kepada 3.9 saat daripada pemandu yang berasal dari sebuah negara yang melancarkan perang terhadap negara Ukraine tetapi kini memegang lesen perlumbaan daripada Bulgaria itu dalam keadaan cuaca yang dingin.
Dengan keyakinan yang terus meningkat, Yohan Rossel meneruskan pemanduan, mengatasi jentera Škoda Fabia RS Rally yang dipandu Pepe López dengan 5.8 saat dan Nikolay Gryazin dengan 8.6 saat di peringkat kedua terakhir. Ini mendorong pemadu yang berusia 28 tahun itu ketinggalam dalam masa beberapa saat sahaja belakang Pepe López ketika memasuki peringkat Wolf Power Stage. Ini mengakibatkan Nikolay Gryazin untuk turun ke tempat ketiga ketika itu.
Masih lagi mengekalkan momentumnya, Yohan Rossel melengkapkan pemanduan yang handal untuk meraih kemenangan Peringkat sekali gus untuk meraih kemenangan dengan mengatasi masa 4.0 saat ke atas Pepe López walaupun bunyga tayar keretanya kehabisan.
“Ianya gila! Ia satu perasaan yang menakjubkan,” ujar Yohan Rossel.
Manakala bagi Pepe López ianya dianggap suatu peningkat yang baik berbanding keputusan Rallye Monte-Carlo 2023 tetapi juga turut menjadi penerima sulung anugerah pemenang Peringkat FORUM8 WRC2 Stage kerana memenangi paling banyak Peringkat semasa rali. Ianya adalah anugerah yang pertama kali diperkenalkan bermula musim ini untuk menghargai pemandu yang berjaya mencatat kemenangan Peringkat paling banyak dalam suatu perlumbaan.
Dan Nikolay Gryazin terpaksa berpuas hati unutk menduduki tempat ketiga keseluruhan dengan ketinggalan 11.4 saat di belakang Pepe Lopez. Sementara itu seorang lagi pemandu tuan rumah Nicolas Ciamin yang memandu jentera Hyundai i20 N Rally2 di tempat keempat keseluruhan.
Dua lagi pemandu Stéphane Lefebvre dan Jan Solans yang mana, kedua mereka memandu jetnera serba baharu Toyota Yaris GR Rally2 melengkapkan senarai tempat enam teratas.
Untuk rekod, Oliver Solberg memutuskan untuk beraksi tidak memungut sebarang mata kali ini dan hanya beraksi secara santai tanpa tekanan. Oliver Solberg akan beraksi di Sweden dan akan mengutip mata di rumah sendiri nanti. Begitu juga dengan pemandu muda, Sami Pajari yang tidak memungut sebarang mata kali ini.
BACA : CITROEN RACING AKAN DIPERKUATKAN DENGAN YOHAN ROSSEL DAN NIKOLAY GRYAZIN BAGI WRC2 MUSIM HADAPAN
BACA : LIMA UNIT TOYOTA GR YARIS RALLY2 DIJANGKAL BERAKSI DI RALLYE MONTE-CARLO 2024