
CITROEN RACING AKAN MEMPERTARUHKAN ADIK BERADIK UNTUK AKSI WRC2 MUSIM 2025
Pasukan Citroën Racing telah mengumumkan pasangan adik-beradik Yohan Rossel dan Léo Rossel sebagai pemandu rasminya untuk perlumbaan FIA World Rally Championship kelas WRC2 2025, yang bermula di Rallye Monte-Carlo dari 23 – 26 Januari 2025 nanti.
Pasangan adik – beradik itu Yohan Rossel dan Léo Rossel masing – masing berusia 29 tahun dan 27 tahun itu akan beraksi dengan memandu jentera Citroen C3 Rally2 dengan menggunakan livery Yacco yang serupa bagi mempertahankan kejuaraan WRC2 bagi kategori Pasukan. Pasukan Perancis itu telah memenangi kejuaraan Pasukan WRC2 musim 2024 dengan gandingan Yohan Rossel dan juga Nikolay Gryazin.

Yohan Rossel yang merupakan abang adalah merupakan pencabar utama untuk kejuaraan WRC2 semenjak menyertai kategori tersebut bermula 2022. Setelah berpasangan dengan Juruarah Florian Barral bermula pertengahan musim ini, beliau akan kembali semula berpasangan dengan mantan Juruarah sebelum ini Arnaud Dunand, bagi menghadapai kempen WRC2 2025.
“Mewakili Citroën Racing di peringkat tertinggi adalah satu penghormatan yang luar biasa dan memanjangkan komitmen saya dengan adik saya Léo pada 2025 menambah dimensi yang sangat peribadi dan bersemangat kepada cabaran ini,” katanya. “C3 Rally2 telah menjadi fenomena musim ini, sama ada di atas aspal atau kerikil, dan saya teruja untuk terus menguji hadnya dengan kereta yang terus berkembang dan mengejutkan kami.”

Walaupun Léo Rossel masih belum pernah beraksi di pentas dunia, beliau bukanlah biasa – biasa. Anak muda ini telah mencipta kejayaannya dalam rali kebangsaan, baru-baru ini merangkul gelaran Kejohanan Rali Perancis 2024 juga dengna memandu Citroen C3 Rally2 yang dikendalikan oleh PH Sport.
Léo Rossel yang akan bekerjasama dengan Juruarah Guillaume Mercoiret, berkata: “Menjadi Juara Rali Perancis 2024 dengan C3 Rally2 merupakan pencapaian yang luar biasa dalam kerjaya saya dan menyertai Citroën Racing sebagai pemandu rasmi pada 2025 adalah impian yang menjadi kenyataan.”
Untuk rekod Léo Rossel lahir daripada program pembangunan Stellantis Motorsport bersama beberapa nama seperti Sarah Rumeau dan Pablo Sarrazin yang akan turut beraksi dalam kelas WRC2 musim 2025.
BACA : hCITROEN C3 RALLY2 SUDAH SAMPAI MASANYA UNTUK BEREVOLUSI
BACA : CITROEN RACING AKAN DIPERKUATKAN DENGAN YOHAN ROSSEL DAN NIKOLAY GRYAZIN WRC2 MUSIM HADAPAN