BuletinMotosikal

YAMAHA Y15ZR V2 DILANCARKAN AHAD INI?

Sejak beberapa hari lepas, Hong Leong Yamaha Malaysia telah menaikkan beberapa imej dengan keterangan pelancaran model baru di Malaysia. Hari ini, pihak media juga telah menerima jemputan pelancaran model baru yang akan dilakukan di Jasin Melaka.

Ia sempena pembukaan pusingan pertama perlumbaan Petronas Sprinta cub prix yang akan berlangsung pada ahad 24 Mac ini.

Persoalan yang sudah tentu bermain di fikiran ramai. Adakah ia Yamaha Y15ZR versi V2 yang dinantikan?

Sejak dilancarkan di Vietnam, Indonesia dan Singapura, model Y15ZR edaran Hong Leong masih belum digantikan lagi.

Mengikut perkiraan kami, ia adalah masa yang sesuai untuk melancarkannya memandangkan platformnya juga tepat. Yamaha Y15ZR menguasai kejohanan cubprix sejak kategori CP150 diperkenalkan pada tahun lalu.

Toyota Avanza MREC – Mobile

Bagi mereka yang kurang arif dengan model ini, perubahan versi V2 ini agak banyak. Walaupun spesifikasi teknikal tidak berubah, namun “muka” Y15ZR V2 sudah berubah sepenuhnya dan didatangkan dengan lampu LED.

Berikut ialah perubahan yang didatangkan pada model V2 2019.

1. LAMPU HADAPAN LED

Ia rekaan yang baru sepenuhnya. “Kepala” Exciter 2019 ini telah direka baru bagi menampatkan lampu yang lebih tipis dengan tiga kolum berbeza. Ia juga sudah dilengkapi dengan mentol lampu LED menggantikan mentol halogen. Selain lebih terang, LED juga menjimatkan tenaga.

Lampu isyarat membelok juga sudah datang dengan LED yang merupakan peneraju dalam kelasnya.

2. METER DENGAN SKRIN LCD

Perubahan besar yang kedua ialah paparan meter yang didatangkan dengan LCD sepenuhnya. Ia juga hadir dengan latarbelakang biru seperti Yamaha NVX, tetapi dengan saiz lebih kecil.

Paparan informasi meter ini cukup lengkap seperti kelajuan, jarak perjalanan, penggunaan bahanapi dan tolok bahanapi.

3. “KUNCI PANGGILAN” (ANSWER LOCK KEY)

Maaf. kami tak berapa jelas untuk menterjemahkannya dalam Bahasa Melayu. Ini adalah fungsi yang membolehkan motosikal dikesan seperti sistem penggera. Khasnya ketika motosikal diparkir di kawasan motosikal yang banyak.

4- LAMPU “PASS LIGHT”

Sama seperti kebanyakan motosikal berkuasa tinggi, ia adalah suis lampu tinggi dengan pembalik untuk memudahkan penunggang memberi amaran kepada pemandu di hadapan.

Ia berguna untuk memberi perhatian kepada pemandu di hadapan atau trafik dari arah bertentangan.

5. SUIS PEMATI (KILL SWITCH)

Ini juga adalah fungsi yang biasa didapati pada motosikal berkuasa tinggi. Dalam segmen ini, Exciter 2019 bakal menjadi yang pertama menggunakannya.

Ia berfungsi sebagai suis pemati utama tanpa perlu memutarkan kunci.

6. TAYAR HADAPAN LEBIH BESAR

Umum mengetahui bahawa saiz tayar hadapan Y15ZR adalah yang paling kecil dalam kelasnya. Model 2019 akan menggunakan tayar bersaiz 90/80-17 bagi menggantikan saiz semasa 70/90-17.

Walau bagaimanapun, saiz roda belakang masih sama dengan 120/70-17.

GALERI

Google ads
Back to top button