Motosikal

TRIUMPH STREET TWIN 2019 – JENTERA MODEN KLASIK PALING LARIS PADA HARGA BERMULA RM55,900

Triumph Motorcycles Malaysia hari ini melancarkan lima model 2019 baharu untuk pasaran Malaysia.

Salah satu model yang paling menarik ialah Street Twin yang merupakan model kontemporari dalam keluarga Triumph Bonneville.

Mula dilancarkan pada tahun 2016, Street Twin merupakan model merupakan motosikal klasik moden paling laris dengan 17,000 unit sudah terjual.

Ia berikutan penampilan custom yang menarik, tunggangan meyakinkan dan enjin tork tinggi yang berkuasa.

Street Twin 2019 baharu menawarkan lebih kuasa, spesifikasi peralatan yang lebih tinggi, tunggangan selesa dan teknologi termaju dalam kelasnya.

Enjin Bonneville 900cc yang telah dinaik taraf mampu membekalkan kuasa mencecah 65PS pada 7500rpm.

Digabungkan tork 80Nm pada pusingan serendah 3,800rpm, serta penyerap hentak berkembar, jentera itu menawarkan bunyi British Twin yang unik. Di samping tunggangan sebuah Street Twin yang responsif dan meyakinkan.

Street Twin 2019 dilengkapi angkup brek depan Brembo dengan 4 omboh.

Antara teknologi pertama dalam kelas yang ada pada Street Twin 2019 termasuklah:

  1. Mod tunggangan Road dan Rain – melaras tetapan kawalan map pendikit dan kawalan tarikan untuk pengalaman menunggang yang optimum dalam semua keadaan.
  2. Aksesori TPMS (Tyre Pressure Monitoring System) – Untuk tunggangan yang lebih meyakinkan
  3. Kawalan cengkaman boleh laras – Penunggang boleh menukar mode menerusi menu bagi mengoptimumkan penghantaran kuasa tork apabila motosikal hilang cengkaman.

Pelanggan turut ditawarkan dengan lebih 140 aksesori menarik.

Street Twin 2019 didatangkan dalam tiga pilihan warna – Matt Ironstone, Korosi Red dan Jet Black.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button