Artikel PilihanMotosikal

YAMAHA Y15ZR EDISI PETRONAS SRT INI TAK DIJUAL. TAPI BOLEH DAPAT PERCUMA!

SHARE

Sempena penyertaan pasukan Petronas SRT dalam kelas premier MotoGP tahun ini, Petronas Sprinta, cabang perniagaan pelinciran motosikal Petronas telah menganjurkan peraduan yang menarik.

Menarik sebab hadiahnya adalah motosikal Yamaha yang dideko khas untuk pemenang. Sebuah hadiah utama Yamaha YZF-R6, Hadiah kedua Yamaha YZF-R25 dan hadiah bulanan sebanyak TUJUH buah Yamaha Y15ZR akan diberikan setiap bulan kepada pemenang betuah.

Untuk menjadikannya lebih istimewa, Petronas Sprinta tak buat hadiah biasa. Kesemua motosikal ini telah dilayangkan dengan livery seperti pasukan Yamaha Petronas SRT yang sedang berlumba dalam MotoGP musim 2019.

Toyo Tyre R2 – LD – Desktop

Pendek kata, ia adalah model yang benar-benar terhad dan Limited berbanding Edisi Movistar yang ada mungkin patbelas ribu ratus atas jalan.

MACAMANA PERTANDINGAN NI DIBUAT?

Serius. Sangat senang.

Anda cuma perlu buat langkah ni.

1. Beli minyak pelincir PETRONAS Sprinta 1L (minimum RM25 di dalam satu resit) dari stesen Petronas atau kedai motor yang mengambil bahagian.
2. Ambil gambar resit (bagi belian dari stesen) atau borang dan resit (belian dari kedai motor) dan Whatsapp ke +6013-695 8306.
3. Ikut arahan selanjutnya di dalam telefon bimbit anda.

Sangat senang dan syarat asasnya ialah belanja RM25 je pun minimum. Lagipun, motor tetap nak kena servis juga paling tidak sebulan sekali.

Mana tau ada rezeki modal RM25 je weeeiiiii!!!!

Tags
Google ads
Back to top button