Artikel Pilihan

10 HYPERCAR TERPANTAS, HALAJU LEBIH 400KM/H

Pada tahun 1987, Ferrari F40 merupakan supercar produksi pertama yang mencapai halaju 320km/j. Buggati Veyron pula berjaya mencapai halaju 407km/j pada tahun 2005. Pada tahun 2019 pula, Buggati Chiron Supersport berjaya mencatat kelajuan 489km/j. Hampir 14 tahun diperlukan untuk menaikkan halaju dari 407km/j ke 489km/j.

14 tahun merupakan satu tempoh yang lama, bayangkan kalau anda beli Myvi anda boleh habiskan bayaran dan buat refinance balik kereta tersebut. Namun bagi mencapai halaju yang tinggi, anda perlukan kuasa enjin yang sangat kuat, hampir menyamai kuasa yang dihasilkan oleh bot kecil, tayar yang mampu bertahan pada halaju tinggi yang dibina dari kevlar, serta rekaan yang aerodinamik

Kami senaraikan beberapa hypercar yang berjaya mencapai halaju 400km/j dalam ujian yang dibuat.

10. Aston Martin Valkyrie – pernah membuat kemunculan di rancangan permotoran The Grand Tour, hypercar ini dikuasakan oleh enjin 6500cc V12 Cosworth, sama seperti teknologi KERS yang digunakan oleh pasukan F1 Redbull Racing. Enjin V12 ini menghasilkan 1160 kuasa kuda dengan bantuan KERS hibrid yang dibekalkan oleh RIMAC. Semua kuasa dihantar ke transmisi 7 kelajuan yang dihasilkan oleh Ricardo

9. Tesla Roadster – merupakan sebuah hypercar elektrik yang menggunakan 3 motor elektrik dan dibekalkan dengan bateri sebesar 200kWh. Ia mampu memecut 0-96km/h dalam masa 1.9 saat sahaja dan mencapai halaju tertinggi 400km/j. Hypercar ini mampu dipandu sejauh 1000km dengan bateri penuh. Tapi kalau tekan 400km/j, mungkin tak sampai 1000km

8. McLaren Speedtail – merupakan sebuah model hypercar hibrid yang dipasang dengan enjin 4000cc turbo berkembar V8, digandingkan dengan motor elektrik 310 kuasa kuda dan bateri sebesar 1.647 kWh. Kombinasi trenkuasa ini menghasilkan 1035 kuasa kuda yang dihantar ke transmisi 7 kelajuan. Pecutan 0-300km/j mengambil masa 12.8 saat dan halaju maksima ialah 402.3km/j. Sayang sekali kereta ini tidak sah untuk dipandu di atas jalan.

7. Rimac Concept 2 – sama seperti Tesla, ia merupakan hypercar berkuasa elektrik dengan 4 motor elektrik sejukan cecair. bateri Lithium Nickel Kobalt Oksida membekalkan 120 kWh cukup untuk perjalanan sejauh 650km. Pecutan 0-100km/j dibuat dalam masa 1.85 saat dan halaju maksima ialah 415km/j. Richard Hammond menjahanamkan sebuah hypercar ini dalam kemalangan semasa rancangan The Grand Tour.

6. Buggati Veyron Supersport – Buggati adalah nama besar dalam perlumbaan, sejak dari dulu lagi. Hypercar ini menggunakan enjin 8000cc 16 silinder yang disusun dalam bentuk W ( 2 enjin V8 digabungkan) yang menghasilkan 1184 kuasa kuda dan dihantar ke transmisi klac berkembar 7 kelajuan. Halaju maksima Veyron ialah 431.3km/j semasa ujian dilakukan. Khabar angin mengatakan kos penghasilkan kereta ini ialah 5 juta pound sterling, namun Volkswagen menjual kepada pelanggannya dengan harga 1 juta pound sterling

5. Hennessey Venom GT – hipercar ini dihasilkan oleh Hennessey Performance Engineering menggunakan enjin 7000cc V8 (GM LS7) dengan turbo berkembar bagi menghasilkan 1244 kuasa kuda sebelum disalurkan pada transmisi 6 kelajuan manual Ricardo. Dengan cesi dihasilkan daripada gentian karbon, ia berjaya mencapai halaju 435km/j mengikut data dari Kennedy Space Center

4. Koenigsegg Agera RS – hanya 25 unit sahaja yang dihasilkan dan semuanya sah untuk digunakan di atas jalan raya. Versi RS menggunakan enjin 5000cc V8 turbo berkembar yang menghasilkan 1341 kuasa kuda dan digabungkan dengan transmisi 7 kelajuan berkembar. Dengancesi yang dihasilkan daripada gentian karbon dan kevlar, ia mampu memecut 0-100km/j dalam masa 2.8 saat dan kelajuan maksimas 457km/j

3. Hennessey Venom F5 – berbeza dengan Venom GT, model F5 menggunakan cesi gentian karbon sepenuhnya. Walaun menggunakan enjin 6600cc V8 turbo berkembar yang lebih kecil, namun enjin ini menjana 1817 kuasa kuda yangdigandingkan dengan transmisi 7 kelajuan manual automatik. Dengan simulasi sistem komputer, Hennessey Performance mendakwa F5 mampu mencapai 484km/j

2. Bugatti Chiron Super Sport 300+ – ujian halaju ini sebenarnya ada kontroversi disebabkan Chiron hanya dipandu dalam satu arah sahaja, berbanding dengan syarat World Genuinese Record yang memerlukan Chiron dipandu dalam 2 arah yang berbeza bagi mendapatkan halaju purata. Alasan Buggati ialah permukaan jalan telah berubah \

Chiron dikuasakan oleh enjin 8000cc 16 silinder W yang menghasilkan 1578 kuasa kuda. Namun pada hemat penulis, cesi Chiron seberat 1996kg sedikit sebanyak mempengaruhi halaju maksima dengan pencapaian terbaik adalah 490.05km/j

1. SSC Tuatara – sama seperti Chiron, Tuatara juga berhadapan dengan dakwaan bahawa rekod kelajuan maksima 508km/j (bacaan purata dalam 2 arah) adalah tidak tepat serta video yang dikeluarkan oleh SSC adalah palsu. Tuatara dikuasakan oleh enjin 5900cc V8 turbo berkembar yang menghasilkan. Halaju maksima yang dicapai semasa ujian ialah 534km/j.

Pengkritik mula mengukur jarak antara landmarks, menganalisis enjin, transmisi, serta menganggarkan halaju helikopter yang digunakan untuk penggambaran dan mendapati halaju yang dipaparkan pada video yang dihasilkan oleh SSC tidak munasabah. Tambah memburukkan lagi keadaan ialah Dewtron syarikat yang menghasilkan GPS tidak mengesahkan halaju yang dicapai oleh SSC Tuatara.

Google ads
Back to top button