
7 SAMDOL BELI LAMBORGHINI DAN PORSCHE DITAHAN – SALAH GUNA PINJAMAN BANTUAN COVID-19
Mat Saleh ni kadang-kadang dia punya samdol susah kita nak hadam. Contohnya enam orang lelaki dari Texas dan seorang di Illinois yang baharu saja didakwa di mahkamah kerana menyalahgunakan dana Paycheck Protection Program (PPP) untuk membeli supercar jenis Lamborghini dan Porsche.

PPP ialah dana ataupun tabung yang disediakan oleh kerajaan AS sebagai respon kepada wabak pandemik Covid-19. Ia bertujuan membantu majikan yang terjejas akibat wabak untuk membayar gaji kakitangan mereka untuk memastikan ekonomi mereka terus stabil. Tapi biasalah dalam mana-mana negara pun mesti ada yang akan menyalahgunakan kemudahan seperti ini.
Ketujuh-tujuh lelaki terbabit telah membuat hampir 80 permohonan pinjaman PPP konon untuk membayar gaji pekerja dengan jumlah keseluruhan pinjaman berjumlah USD16 juta (lebih RM65 juta tu!).

Sebahagian wang tersebut telah digunakan untuk membeli beberapa buah Lamborghini dan Porsche. Kesemua kereta tersebut telah dirampas pendakwa raya persekutuan tetapi tidak dinyatakan model mana satu. Tak kisahlah sebab dengan RM65 juta rasa-rasa berapa biji Lamborghini korang boleh beli? Itu baru Lambo, kalau Myvi?
Siasatan mendapati sebahagian besar menipu jumlah pekerja di syarikat masing-masing dan mengeluarkan slip gaji palsu untuk menyokong permohonan pinjaman. Boleh tahan bijaknya diorang ni tapi kerja tak elok ni memang susah sikit nak sorok.

Kelemahan paling ketara dalam urusan haram macam ni satu je, minat terhadap kereta mewah ataupun supercar. Bayangkan engkau buat pinjaman sebab nak bayar gaji pekerja tapi dan dan je beli kereta mewah. Tok siak masjid tengok pun dah tau ada yang tak kena.
Sama jugak macam gred gaji KP19 tapi pakai R35 kan? Opps….sori teremo pulak.
Bagi yang tak mampu dan tak sanggup pecah amanah macam kami ni cukuplah sekadar meminati Lamborghini dari jauh. Sekali sekala orang bagi pandu uji layan je. Setakat nak hantar anak sekolah dan pergi pasar tu Alza Superleggera dah cukup dah.
BACA: LELAKI BELI LAMBORGHINI HURACAN GUNA DUIT BANTUAN GAJI COVID-19
BACA: BELI KERETA MEWAH DENGAN DUIT BANTUAN COVID-19 – BIJAK KE BANGANG NI?