Artikel PilihanBuletin

(1945-2016) SELAMAT TINGGAL HASEGAWA SAN – SEMOGA HKS TERUS SUKSES

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Berita kematian Hiroyuki Hasegawa pada usia 71 tahun semalam merupakan satu berita sedih buat peminat dunia permotoran. Beliau mungkin tidak sepopular pengasas-pengasas Toyota, Suzuki ataupun Honda, tetapi Hasegawa merupakan pengasas kepada firma HKS Co.Ltd yang merupakan tuner dan pengeluar aksesori selepas jualan yang terkenal khususnya untuk kenderaan berprestasi tinggi.

Inilah pengasas kepada syarikat yang stikernya ditampal oleh pemilik kenderaan di badan kereta mereka. Tak percaya? Tengok kereta ahli-ahli kelab Alza ataupun bahagian belakang supercar keluaran Rawang yang berwarna kuning telur

ERA PERMULAAN HKS

Nama HKS adalah gabungan nama Hasekawa, Kitagawa dan Sigma Automotive.  Goichi Kitagwa adalah seorang lagi pengasas HKS. Sigma Automotive pula memainkan peranan dengan menyumbangkan modal untuk pembentukan HKS (Jadi, jangan main tampal stiker tapi bila ditanya jawapan kelaut).

Hasegawa merupakan bekas jurutera Yamaha. Beliau menubuhkan HKS pada tahun 1973 di sebuah bangunan kecil di kaki gunung Fuji dalam daerah Shizuoka. Matlamat beliau ialah untuk menghasilkan “enjin perlumbaan sebenar” untuk pasaran selepas jualan di Jepun.

HKS mahu menghasilkan komponen enjin prestasi tinggi lebih daripada apa yang mampu ditawarkan oleh pengeluar kenderaan.

hks-hasegawa-4

Pada bulan Julai 1974, HKS telah mengeluarkan kit turbo bolt-on yang pertama. Ia dihasilkan khusus untuk enjin L20 yang digunakan oleh Skyline Kenmeri dan berjaya melonjakkan kuasa maksima kepada 160bhp berbanding 115bhp dalam keadaan standard.

Kit turbo ini dihasilkan tepat pada masanya bila para tuner mula bereksperimen dengan Hakosuka GTR. Tambahan pula Skyline Kenmeri merupakan kereta yang paling sesuatu kerana ia ditujukan khas untuk golongan muda dan suka memecut di jalan raya terbuka.

Masa juga bertepatan kerana dunia ketika itu baru pulih daripada krisis minyak dunia dan Nissan telah mengabaikan program perlumbaan mereka.

hks-hasegawa-2

Kit tersebut telah berjaya dijual dengan jayanya untuk kaki-kaki pecut di Jepun seterusnya mencetuskan Era Turbo. Selepas itu kit-kit lain mula dihasilkan untuk kegunaan Skyline Jepun dan Toyota Celica dengan enjin 18RG.

Bila sistem suntikan elektronik dan pelbagai teknologi komputer mula dihasilkan dan dipasarkan sekitar tahun 82an, HKS sudah pun bersedia dengan memasarkan aksesori berteknologi tinggi mereka seperti pemasa turbo (turbo timer), sistem pengurusan enjin (F-CON) dan alat kawalan injap elektronik (EVC)

Dalam tahun 1983 pula, sebuah Toyota Celica XX yang dinamakan HKS M300 telah menjadi kereta Jepun pertama yang berjaya memecahkan rekod 300km/j di litar Yatabe. Dikatakan juga kereta tersebut telah dilaras sehingga berjaya menghasilkan 600 kuasa kuda.

hks-hasegawa-7

HKS juga bekerjasama dengan pengeluar kenderaan untuk menghasilkan enjin bagi program sukan motor sesebuah syarikat. HKS 134E yang dihasilkan untuk Mitsubishi Starion Ralliart dihasilkan sepenuhnya dengan kerjasama HKS dan Mitsubishi kecuali untuk bahagian blok enjin.

Berdasarkan pengalaman mereka yang cukup banyak, HKS telah menghasilkan pelbagai jenis mesin perlumbaan dari motosikal sehinggalah kereta-kereta drag seperti Toyota Supra twin-turbo A70 yang berjaya mencatatkan masa 7.91 saat dalam perlumbaan drag RRC di Jepun.

HKS juga mula menawarkan kereta mereka sendiri seperti HKS Zero yang diasaskan daripada Nissan Skyline GTR R32. Kereta ini telah ditala dengan cukup banyak menjadikannya seperti sebuah kereta ciptaan mereka sendiri.

Dalam tahun 1992, Hasekawa telah berjaya mencapai impian diri dengan menghasilkan enjin Formula 1. Dinamakan HKS 300E, ia merupakan enjin 3.5 liter V12 yang mampu menghasilkan 700bhp pada 13,500 rpm. Ia telah diuji pada kerangka Lola T91/50 F3000, tetapi sayangnya enjin ini tidak pernah digunakan untuk perlumbaan.

SIAPA SEBENARNYA MICHIO SUZUKI?

BEREHATLAH DENGAN TENANG YUTAKA SAN (1909-2015)

Awal era 90an menyaksikan warna trademark HKS (biru, hijau dan ungu) boleh dilihat pada pelbagai model jentera perlumbaan baik motosikal mahupun kereta. Paling diingati tentu sekali ialah kereta drag R32 840bhp dan 180SX dengan 1,185 bhp. Satu lagi ialah Skyline R33 T200 yang telah mencatatkan rekod satu pusingan kurang dari satu saat di Litar Tsukaba, Jepun.

HKS terus maju dengan menghasilkan produk-produk enjin untuk pelbagai jenis kenderaan, dari enjin untuk pesawat ringan sehinggalah ke supercharger untuk kegunaan bot laju. Bila drift menjadi kegilaan pada awal tahun 2000, HKS juga ada bersama dengan barisan model S15 dan Altezza.

hks-hasegawa-1

Rasanya tidak acara permotoran yang tidak pernah diceburi oleh Hasegawa dan syarikatnya. Sebagai pelopor dunia modifikasi khususnya dalam memastikan aksesori bertaraf perlumbaan dapat sampai ketangan pengguna, jasa Hasekawa memang cukup besar.

Ia bukan hanya popular di negara asal HKS tetapi hampir ke seluruh dunia. Semangat Hasegawa inilah yang membolehkan kita merasai air tangan pengubahsuaian kereta ala Jepun. Kehilangan beliau memang akan dirasai ramai.

Selamat Tinggal Hasegawa, jasamu tetap dikenang sepanjang hayat…

sumber

japanese nostalgic car

Tags
Google ads
Back to top button
Close