
WESTLAKE TAWAR RANGKAIAN TAYAR LENGKAP KE PASARAN TEMPATAN
Westlake Marketing Malaysia, memperkenalkan siri tayar Westlake bagi segmen kereta penumpang, trak dan bas, industri serta off road.
Tayar-tayar itu direka bagi memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan yang pelbagai. Ttayar tersebut juga sesuai dengan keadaan cuaca dan jalan di Malaysia.
Produk yang ditawarkan oleh Westlake merangkumi:
1) PCR (Passenger Car Radial)
2) SUV (Sport Utility Vehicle)
3) 4×4 (4 Wheels Drive)
4) LTR (Light Truck Radial)
5) LTS (Light Truck Bias),
6) TBR (Truck & Bus Radial )
7) OTR (Off The Road)
8) Industrial, Agricultural
9) TBS (Truck & Bus Bias)
Pengarah Urusan Westlake Marketing Malaysia, Tan Heong Thong berkata sebagai pengedar dan pengimport tunggal Westlake, pihaknya menawarkan rangkaian pilihan tayar yang luas. Bukan saja memberi pengalaman kepada kualiti premium, malah pada harga mampu milik.
“Kami juga merancang untuk memperkenalkan lebih banyak lagi pilihan tayar tahun hadapan bagi memenuhi permintaan yang kian meningkat. Keselamatan pelanggan adalah keutamaan dan kami akan terus melakukan inovasi bagi memastikan ketahanan produk buat para pelanggan di Malaysia,” katanya.
Bagi mengukuhkan jenama di pasaran dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, Westlake Tyre mensasarkan untuk membuka 100 pusat Westlake. Menerusi pelancaran lima hingga tujuh Pusat Westlake setahun secara progresif . Pusat Westlake akan membuka operasinya di seluruh Semenanjung Malaysia menjelang hujung tahun ini.
PANDU UJI: TAYAR CONTINENTAL UC6
MICHELIN PILOT SPORT 4 BERMULA RM481
TAYAR 4X4 DUNLOP KINI KEMBALI KE PASARAN
BFGOODRICH ROUTE DAN CROSS CONTROL
“Kami melihat potensi pertumbuhan pasaran di Malaysia. Sebagai jenama tayar global, ZhongCe Rubber Group mengedar 16 juta tayar kenderaan komersial, penumpang serta 35 juta tayar basikal dan motosikal di lebih 160 pasaran,” kata Timbalan Presiden ZhongCe Rubber Group, Ge Guorong.
ZhongCe Rubber Group Co. Ltd, merupakan pengeluar tayar global dengan pengalaman selama 55 tahun dalam industri automotif. Pusat Penyelidikan dan Pembangunan ZC Rubber Group terletak di Hangzhou, China dengan memiliki 1,300 orang kakitangan berpengalaman.