Artikel Pilihan

10 TIPS UNTUK PEMANDUAN DI MUSIM HUJAN

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Sekarang sudah menghampiri musim tengkujuh. Seluruh Malaysia hujan sudah mulai turun dengan kadar yang agak lebat. Negeri-negeri khususnya di Pantai Timur semenanjung sudahpun bersiap sedia untuk menghadapi banjir.

Sebagaimana yang kita ketahui, musim hujan juga jalan raya kan menjadi lebih licin dan menyumbang kepada peningkatan kemalangan, baik akibat kecuaian pemandu mahupun aspek-aspek lain seperti keadaaan jalan dan kenderaan yang kurang sempurna.

Di sini kami akan kongsikan sedikit tips untuk pemanduan yang selamat sewaktu hujan. Mana-mana yang baru dapat lesen P dan bawa kereta warna kuning tu memang digalakkan sangat la baca betul-betul. Kalau korang tengah baca pada telefon bimbit, sila reject sebarang jenis panggilan yang masuk

Jangan keluar memandu kecuali jika ada keperluan

Mula-mula sekali fikir dulu, sama ada anda perlu berada di atas jalan raya. Jika berkait dengan pekerjaan, tanya majikan anda jika sesuatu urusan boleh ditunda andai hujan turun terlalu lebat. Apatah lagi jika anda seorang yang mempunyai masalah penglihatan.

10 TIPS MEMANDU MENJIMATKAN BAHANAPI

6 TIPS MEMBELI KERETA TERPAKAI

TIPS SUPAYA AIRCOND TAHAN LAMA

Hujan yang lebat boleh menjejaskan jarak penglihatan anda. Jika anda di ibukota rasanya lebih baik dan selamat jika menggunakan pengangkutan awam. Jika tidak dapat dielakkan, cuba rancang pemanduan agar tidak terbeban dengan waktu puncak.

1. Perlahankan kenderaan anda

Had laju yang tertera di tepi jalan raya merupakan had maksima dan bukannya had minima. Jadi kurangkan kelajuan anda jika hari hujan apatah lagi jika hujan yang turun itu cukup lebat. Rasanya semua orang tahu lojiknya kenapa kenderaan anda harus diperlahankan.

triton lampu

2. Nyalakan lampu besar

Lampu kereta anda berfungsi dengan dua cara di dalam keadaan hujan atau kabus. Ia membolehkan anda melihat ke hadapan dengan lebih baik dan pada masa yang sama membolehkan pemandu lain melihat kehadiran anda.

Itulah antara sebabnya kenderaan-kenderaan baharu hari ini dipasang dengan Daytime Running Light (DRL) yang cukup terang. Jangan bimbang, bil TNB anda tidak akan naik dengan penggunaan lampu kenderaan sewaktu hujan ataupun siang hari.

Ini tidak, ada DRL tetapi siap dimatikannya lagi (ambil perhatian pemandu Preve dan Suprima). Anda juga tidak digalakkan menggunakan foglight belakang sewaktu hari hujan sekalipun jika kereta anda mempunyai fungsi ini (terutamanya Vios, Vios dan Vios). Ia menyilaukan pemandu yang mengekori anda dan mungkin mereka menyangka anda sedang membrek. Tunggu salji turun baru pakai lampu kabus belakang ni.

3. Kekalkan jarak selamat

Sama dengan tips yang kedua tadi, anda perlu kekalkan jarak yang selamat dalam hujan. Cengkaman tayar yang kurang sewaktu hujan akan mengakibatkan jarak henti anda bertambah sewaktu menekan brek. Jika brek ditekan terlalu kuat, kereta anda mungkin akan tergelongsor tanpa kawalan.

Apatah lagi jika kereta anda tidak mempunyai sistem ABS tetapi rim ditukar dengan rim china dan tayar Ling Long. Tahukah korang tayar standard kilang tu direka menepati spesifikasi kereta?.

Berikan ruang yang secukupnya ketika mengekori kenderaan di hadapan. Paling baik pastikan jarak 5 saat antara anda dan kenderaan di hadapan.

4. Info trafik

Kemajuan teknologi pada hari ini membolehkan kita merancang perjalanan dengan lebih baik. Info trafik boleh didapati menggunakan perisian telefon pintar, web mahupun stesen-stesen radio tempatan.

Rancang perjalanan anda dan ambil perhatian kepada ramalan cuaca jika anda ingin memandu ke tempat-tempat yang biasa dilanda banjir

5. Sentiasa sabar

Kesabaran memang cukup penting sewaktu memandu, tetapi di dalam keadaan hujan, tahap kesabaran mesti ditingkatkan lagi 52.7 kali ganda. Perjalanan akan mengambil masa yang lebih lama jika hujan turun.

Tak berbaloi jika anda memecut dengan kelajuan maksima untuk sampai ke rumah sewaktu hujan. Sebaiknya selesaikan dulu urusan anda di bilik air jika perlu, dan makan sedikit snek sebelum masuk ke dalam kereta.

Sekurang-kurangnya anda tidak perlu mengamuk sakan jika tiba-tiba terasa ingin ke bilik air ataupun lapar sewaktu tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Bertimbang rasa kepada pengguna lain dengan mengikut lorong yang sepatutnya, jangan menghalang kenderaan yang ingin keluar dari simpang dan benarkan mereka masuk ke lorong pilihan dengan selamat.

6. Fokus kepada pemanduan

Kekalkan penglihatan ke hadapan. Perhatikan kenderaan di hadapan dan peka dengan perubahan kelajuan dan keadaan. Berhati-hati dengan takungan air di hadapan khususnya jika anda melihat simbahan air dari kenderaan yang datang dari hadapan.

Pengunaan pengelap cermin juga harus bersesuai agar tidak mengganggu pemanduan. Kalau hujan cuma berintik-rintik tidak perlulah memasang pengelap cermin dengan kelajuan tertinggi sampai nak tercabut wiper tu, orang lain tengok pun tergelak sakan.

7. Lemah lembut

Bukan bertukar jadi lemah lembut seperti arboq, tetapi jangan mengunakan brek dengan keras sewaktu hujan. Sama juga sewaktu memecut. Pergerakan mendadak akan membuatkan kenderaan anda hilang kawalan. Ini tidak, nak berhenti sikit saja tapi tekan brek serupa masuk korner 180km/j kat turn 1 trek sepang.

Pandu dengan cermat dan sabar. Sistem kestabilan kenderaan ataupun ESP (kalau ada) mesti sentiasa dalam keadaan aktif di dalam keadaan hujan.

tips-for-riding-motorcycle-in-rain

8. Perhatian keadaan jalan raya

Hujan lebat bersama tiupan angin kencang akan membawa bersama serpihan kayu ataupun batu-batu kecil di atas jalan raya. Cuba mengelak dengan selamat apatah lagi jika aada objek besar seperti pokok tumbang dan juga tanah runtuh.

Ia boleh mengakibatkan kebocoran tayar dan pelbagai masalah serius lain. Tetapi jangan sampai terkejut dan menukar haluan secara melulu. Lain pulak jadinya nanti. Kurangkan kelajuan secara beransur-ansur dan beri isyarat yang sesuai.

9. Jauhi limpahan air

Ingat! Kereta anda bukan jet ski. Jauhi dari lopak air dan jangan main redah sewaktu memandu. Jika terpaksa juga pastikan had ketinggian air dengan ketinggian kenderaan anda. Jangan teruskan jika melebihi had yang sepatutnya.

Tetapi jika sudah terpaksa, pandu dengan perlahan dan kekalkan tekanan pada pedal minyak. Kekalkan haluan pada tempat yang dituju.

Goodyear-Wrangler-TripleMax-mekanika (3)

10. Tayar yang sesuai

Pastikan bunga tayar masih berkeadaan baik untuk cengkaman yang lebih ketika hujan. Paling baik periksa atau tukarkan dengan tayar baru sebelum musim hujan menjelma. Kalau tayar pun dah macam kepala Abang Japar, lebih baik tukar tayar baru yang berkualiti.

Bukannya pasang speaker, beli spoiler sidai baju atau spotrim china tayar Linglong.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button
Close