Buletin

375 STAF PROLINTAS TERIMA SUNTIKAN VAKSIN PERTAMA. DOS KEDUA 3 MINGGU LAGI

Seramai 375 warga kerja Kumpulan Syarikat PROLINTAS (PROLINTAS) telah mendapat suntikan vaksin pertama menerusi Program Vaksinasi Industri Pembinaan (CIVac) di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat PROLINTAS Dato’ Mohammad Azlan Abdullah, inisiatif ini merupakan kerjasama di antara PROLINTAS dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi memastikan kesihatan dan keselamatan warga kerjanya.

Ian juga selaras dengan usaha kerajaan bagi mempercepatkan pengambilan vaksinasi KE ATAS pekerja yang terlibat dalam industri perkhidmatan dan pembinaan.

“Kesihatan dan keselamatan adalah penting ketika negara sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19. Jadi, inisiaitif ini perlu dilaksanakan segera dan secara tidak langsung ia dapat menyumbang kepada pencapaian imuniti kelompok,” kata Mohammad Azlan.

Warga kerja yang terlibat dalam proses vaksinasi itu telah mendapat temu janji melalui aplikasi MySejahtera. Mereka dijadual menerima suntikan kedua dalam tempoh tiga minggu lagi.

Program vaksinasi ini melibatkan kakitangan PROLINTAS yang berkhidmat di ibu pejabat serta di empat lebuh raya seliaannya. Ini termasuklah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK).

Kakitangan yang bekerja di dua projek pembinaan lebuh raya iaitu Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) turut terlibat dalam program vaksinasi ini. 

PROLINTAS mempunyai 630 pekerja dan lebih separuh dari jumlah tersebu ttelah mendapat vaksinasi menerusi Program Imunisasi covid-19 Kebangsaan (PICK).

Google ads
Back to top button