
Buletin
UNITED AIRLINES BAKAL PECAT 593 PEKERJA ENGGAN PATUHI SYARAT VAKSIN
United Airlines akan memecat 593 pekerja yang enggan mematuhi syarat mendapatkan vaksin Covid-19.
Menurut pegawai syarikat itu, selain 593 pekerja yang enggan divaksin, terdapat 2,000 kakitangan memohon pengecualian atas alasan perubatan atau keagamaan daripada syarat tersebut.
Jumlah itu membentuk sekitar tiga peratus daripada keseluruhan kakitangan syarikat penerbangan seramai 67,000 pekerja.
Syarikat itu turut memaklumkan pihaknya berpuas hati dengan kesan keseluruhan dasar itu.
Ogos lalu, United Airlines mengumumkan semua kakitangan perlu mengambil vaksin dan memuat naik kad vaksinasi masing-masing ke dalam sistem syarikat tersebut – CNBC/UTUSAN/reuters
- BACA: BATAL PENERBANGAN SEBAB COVID-19. SYARIKAT PENERBANGAN PERLU BAYAR BALIK PENGGUNA
- BACA: AIRSIAL DIJANGKA OPERASI TAHUN DEPAN. JANGAN MACAM-MACAM, SYARIKAT PENERBANGAN ASLI DI PAKISTAN
- BACA: FIREFLY AKAN JADI SYARIKAT PENERBANGAN NASIONAL JIKA MALAYSIA AIRLINES DITUTUP
- BACA: SYARIKAT PENERBANGAN TERBESAR AMERIKA LATIN MUFLIS. TANGGUNG HUTANG RM78.4 BILION