
FORD THAILAND PERKENAL RANGER XL STREET SPECIAL EDITION. ENJIN 2.2L, 6MT, BERMULA RM87,500
Di pasaran trak pikap di Asia Tenggara, Ford Ranger merupakan antara model yang paling popular. Tidak terkecuali di Thailand, Ford menghasilkannya di kilang Rayong untuk pasaran di seluruh dunia.
Sudah agak lama di pasaran, Ford Thailand cuba untuk kembali mengujakan pasaran apabila menawarkan model istimewa yang dikenali sebagai Ford Ranger XL Street Special Edition.
Hanya 300 unit akan ditawarkan, model edisi terhad itu boleh dimiliki pada harga 682,000 baht (RM87,500) seunit. Jentera tersebut hadir dengn suspensi lebih rendah dan dikuasakan oleh enjin turbo diesel bersesaran 2.2 liter. Kuasa 160hp dan tork 385Nm itu disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear manual enam kelajuan.

Dari segi penampilan, Ford memasang bodykit berbeza seperti yang boleh dilihat pada bampar hadapan, belakang, spoiler dan skirting sisi. Ia juga menerima rim bersaiz 16 inci, perumah cermin sisi dan hendal pintu berwarna hitam.
Apa yang membuatkannya menyerlah pastinya jalur putih merah pada hud dan sisi.
Di bahagian kabin, trak pikap berkenaan dipasang dengan skrin sentuh infohibur bersaiz 8 inci bersama ciri ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Tidak ketinggalan ialah cermin pandang belakang anti silau, dua beg udara, enam unit pembesar suara dan banyak lagi.
- BACA: PEMBELI FORD MUSTANG SEMAKIN BERUSIA
- BACA: FORD PERFORMANCE TAWARKAN ENJIN 7300CC GODZILLA, 1114 HP
- BACA: FORD RANGER VS TOYOTA HILUX VS MITSUBISHI TRITON VS ISUZU DMAX
- BACA: FORD RANGER RAPTOR X EDISI KHAS 2021. WARNA MERAH, KAMERA 360, RM216,888 SEUNIT
GALERI