Buletin

LELAKI UGUT SERANG PEMANDU WANITA DI ARAB SAUDI DITAHAN

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi semalam mengesahkan bahawa pihaknya telah menahan seorang lelaki kerana mengugut akan mencederakan pemandu wanita di negara tersebut.

Ugutan itu dibuat selepas kerajaan Arab Saudi menamatkan pengharaman memandu ke atas golongan wanita bermula tahun depaan.

Majoriti warga Arab Saudi menerima baik penarikan pengharaman itu. Namun mereka dilaporkan keliru dan marah kerana pengumuman yang dibuat oleh Raja Salman itu ditentang oleh segelintir ulamak berpengaruh.

Dalam satu status di Twitter, pasukan polis di wilayah timur telah menahan suspek yang tidak dinyatakan identitinya. Dia kemudian diserahkan kepada pendakwaraya awam.

“Saya bersumpah kepada Tuhan, mana-mana perempuan yang kereta mereka rosak, saya akan bakar dia dan keretanya sekali,” kata seorang lelaki yang memakai sehelai jubah putih dalam satu klip video yang tular minggu lalu. 

Lelaki berusia 20 tahun itu masih dalam tahanan, selepas mendapat arahan daripada gabenor kawasan terbabit. Dalam perkembangan berasingan, akhbar tempatan Okaz melaporkan bahawa kerajaan mengarahkan Kementerian Dalam Negeri supaya menyiapkan satu undang-undang anti-gangguan dalam tempoh 60 hari.

Undang-undang itu dilihat perlu bagi melindungi golongan wanita daripada diganggu oleh lelaki yang bukan mahram.

Untuk makluman, Arab Saudi merupakan satu-satunya negara di dunia yang mengharamkan wanita daripada memandu kenderaan.

Google ads
Back to top button