Artikel Pilihan

BUGATTI CHIRON DIRAMPAS SELEPAS LANGGAR HALAJU – JANGAN MAIN-MAIN DENGAN POLIS AUSTRIA

Pemandangan Bugatti Chiron tergantung di udara semasa ditunda oleh polis kerana melanggar halaju bukan dapat disaksikan setiap hari. Pemandunya memang malang kerana mencari pasal dengan Polis Persekutuan Austria.

Menurut Heute, seorang lelaki Austria berusia 38 tahun sedang memandi di laluan popular Ringstrasse yang mengelilingi pusat bandar bersejarah Austria sebelum mencecah kelajuan 123 kmj. Lebih sekali ganda dari halaju jalan tersebut yang berjaya dikesan perangkap halaju berdekatan bangunan Parlimen.

Sebaik ditahan, pemandu memberikan alasan klasik yang kereta tersebut bukan milik beliau sendiri dan mendakwa ia milik seorang kenalan. Alasan tersebut tidak diterima pakai dan polis terus merampas kereta tersebut dari lokasi kejadian. Lesen pemandunya juga telah dirampas. Fuh tegas betul.

Walaupun langkah merampas hypercar bernilai jutaan dolar dilihat agak melampau namun ia bertepatan dengan peraturan tegas yang dikuatkan tahun lepas untuk memberi amaran kepada pencinta kelajuan. Sasaran mereka ialah mereka-mereka yang melanggar halaju di zon 60 kmj.

Tindakan seterusnya belum dapat dipastikan tapi kerajaan Austria biasanya menjual kereta-kereta dirampas sebagai hukuman kepada pemandu yang mencegah perlanggaran halaju. Namun lagi sukar jika kereta yang terlibat bukan dipandu pemilik yang sah.

Hanya masa yang akan menentukan nasib Chiron ni. Rasa-rasa sesuai tak peraturan ini jika dilaksanakan di Malaysia. Rampas kemudian lelong. Fuh silap-silap bersepah Bezza dan Myvi kena lelong dengan pihak polis.

Google ads
Back to top button