Buletin

KEMPEN KESELAMATAN HONDA

Berikutan maklum balas positif terhadap kempen keselamatan jalan raya yang dilaksanakan pada tahun lalu, Honda Malaysia meneruskan kempen sama dengan menambah sesi pemeriksaan 22 poin di pusat berhenti dan rehat lebuh raya R&R terpilih di Lebuh Raya Utara Selatan PLUS. 

honda toll (2)

Pemeriksaan secara percuma itu ditawarkan kepada semua pemilik kenderaan Honda yang akan memandu ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini.

honda toll (1)

Ia akan dilaksakan di empat lokasi utama sepanjang tempoh balik kampung yang meliputi laluan ke Utara dan selatan.

Jadual pemeriksaan 22 poin percuma:

TARIKH

MASA

AKTIVITI

LOKASI

1 –  4 Ogos  2013

(Khamis – Ahad)

8 pagi –

6 petang

Pemeriksaan 22-poin untuk semua kenderaan Honda secara percuma

Kawasan Rawat & Rehat Gurun

(Arah Utara)

Kawasan Rawat & Rehat Tapah

(Arah Utara)

Kawasan Rawat & Rehat Dengkil

(Arah Selatan)

Kawasan Rawat & Rehat

Ayer Keroh Restoran Jejambat

(Arah Selatan)

honda toll

“Kempen Keselamatan Jalan Raya sewaktu musim perayaan ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk menyampaikan tip-tip mudah mengenai keselamatan jalan raya. Saya juga ingin menggalakkan semua pemilik kenderaan Honda supaya menyelenggara dan memeriksa kereta masing-masing di 64 buah pengedar Honda di seluruh negara,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.

Honda Road Safety Campaign 1

Pemeriksaan ini hanya mengambil masa selama 10 hingga 15 minit sahaja dan ia tidak menggantikan sesi penyelenggaraan berkala kenderaan.  Perkhidmatan yang disediakan oleh Honda Malaysia ini bertujuan meningkatkan lagi kepercayaan pelanggan, selain memberi ketenangan jiwa ketika mereka pulang ke kampung halaman.

Senarai pemeriksaan

BENDALIR

FUNGSI ASAS

SISTEM

LUARAN

–     Minyak enjin-     Bendalir brek-     Bendalir stereng kuasa

–     Cecair penyejuk

–     Bendalir transmisi automatik

–        Tahap air  (radiator/ washer tank)

–     Lampu hadapan-     Lampu belakang-     Lampu brek

–     Lampu kabus

–     Lampu kecemasan

–     Lampu brek ketiga

–     Tingkap kuasa (hadapan/belakang)

–     Penggilap cermin

–        Bateri

–     Fungsi pendingin hawa-     Sistem penggera-     Sistem meter

–     Drive belt

–     Tali keselamatan

–        Periksa keadaan brek * sekiranya perlu

–     Keempat-empat buah tayar*memeriksa bunga tayar – tebalnya  tidak kurang daripada 1.6mm, tidak terkoyak, menggelembung dan haus yang tidak sekata.

 

*periksa tekanan tayar mengikut cadangan daripada pengeluar kenderaan

Honda Road Safety Campaign 2013_Road Safety Leaflet

Selain pemeriksaan tersebut, Honda Malaysia turut mengagihkan pek keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya di plaza-plaza tol Sg Besi dan jalan Duta. Sebanyak 10,000 pek yang mengandungi risalah, air, gula-gula dan kurma telah diagihkan oleh kakitangan Honda Malaysia.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button