Buletin

TAN CHONG EDAR NISSAN DI MYANMAR

ETCM (MM) Pte Ltd, subsidiari milik penuh Tan Chong Motor Holdings Bhd, diberikan hak eksklusif oleh Nissan Motor Co Ltd (NMC) untuk mengedar kenderaan jenama Nissan dalam bentuk import sepenuhnya (CBU) di Myanmar. 

nissan vietnam

Berdasarkan kepada perjanjian pengedaran, ETCM (MM) juga akan mempunyai hak untuk melantik mana-mana pihak sebagai pengedarnya untuk menjual kenderaan atau menjalankan perkhidmatan lepas jualan bagi kenderaan Nissan, jelas Tan Chong Motor dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Perjanjian berkenaan bergantung kepada tahap kerjasama perniagaan antara NMC dan Tan Chong Motor Holdings Group. Ia nyata memperluaskan lagi penguasaan perniagaan automotif Tan Chong Motor Group di rantau Asean.

Pengedaran kenderaan di Myanmar oleh Tan Chong Motor dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini dengan unjuran jualan kira-kira 300 unit setahun. Perjanjian itu akan menyumbang secara positif kepada Tan Chong Motor Holdings Group dalam jangka panjang.

Ini bukanlah penyertaan pertama Tan Chong ke dalam pasaran automotif Indochina. Tan Chong kini sudah pun memasarkan kenderaan Nissan di Vietnam dan mempunyai kilang di sana dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 6,500 unit kenderaan setahun.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button