
70MAI LANCAR DASHCAM BAHARU – 4K A810S DAN M800 UNTUK PASARAN MALAYSIA
Jenama teknologi automotif pintar terkemuka, 70mai, hari ini melancarkan dua model kamera papan pemuka terbaharu mereka iaitu 70mai A810s 4K Dash Cam dan 70mai M800 4K Dash Cam.
Majlis tersebut turut menandakan pembukaan rasmi “70mai x Car Of The Year Roadshow 2025”, yang berlangsung dari 12 hingga 16 November 2025 di One Utama.
Acara berkenaan menghimpunkan wakil media, rakan pengedar serta pempengaruh automotif tempatan bagi memberi peluang kepada mereka menyaksikan keupayaan sebenar dua model baharu itu melalui sesi demonstrasi secara langsung.
Menurut wakil 70mai Malaysia, pelancaran ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam memperkenalkan teknologi pintar yang memfokuskan kepada keselamatan, sambungan digital dan pengalaman pemanduan lebih yakin.
“Dengan pengenalan A810s dan M800, kami berusaha untuk menawarkan kamera papan pemuka berprestasi tinggi yang memenuhi keperluan pemandu masa kini, bukan sahaja dari segi kualiti rakaman, tetapi juga fungsi pintar yang membantu keselamatan di jalan raya,” katanya.

Ciri utama 70mai A810s 4K Dash Cam
Model A810s menawarkan rakaman 4K Ultra-HD sebenar hasil penggunaan sensor Sony STARVIS 2, dengan prestasi unggul dalam keadaan cahaya rendah serta rakaman waktu malam.
Ia turut menyokong rakaman dwi-saluran, sistem bantuan pemanduan (ADAS), GPS terbina dalam, dan sambungan 4G untuk akses masa nyata melalui aplikasi telefon pintar.

Kamera ini disasarkan kepada pemandu yang menuntut tahap kejelasan tinggi, butiran tepat serta perlindungan maksimum ketika memandu.
Ciri utama 70mai M800 4K Dash Cam
Sementara itu, model M800 hadir dengan rakaman 4K HDR menggunakan lensa sudut lebar bagi liputan menyeluruh.
Ia turut dilengkapi GPS terbina dalam, fungsi rakaman berulang (loop recording) serta pengawasan tempat letak kereta selama 24 jam.

Dengan reka bentuk kompak dan kemudahan penggunaan, M800 sesuai untuk pengguna yang mahukan prestasi tinggi dalam satu unit serba lengkap.
Acara pelancaran itu turut menjadi platform untuk jaringan pengedar dan sesi libat urus media, di mana tetamu yang hadir diberi peluang mencuba sendiri keupayaan kedua-dua model serta meninjau pelan pembangunan produk 70mai untuk tahun 2025.
70mai x Car Of The Year Roadshow 2025
Roadshow ini diteruskan hingga 16 November 2025, dengan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung termasuk sesi bertemu peminat bersama:
- Hao Ren (13 November)
- Emily Poon (15 November)
- Abang Gan (16 November)
Selain itu, pengunjung juga boleh menyertai permainan interaktif, sesi kuiz Kahoot, serta cabaran “Stranger Interview” dengan hadiah eksklusif 70mai.
Sempena pelancaran ini, 70mai turut menawarkan promosi khas termasuk kad memori percuma, beg hadiah edisi terhad, serta diskaun 15 peratus bagi pemasangan kamera papan pemuka sepanjang tempoh roadshow.




