" "
Advertorial

DASHCAM 70MAI A810 4K. LEBIH CANGGIH, LEBIH SELAMAT

Penggunaan dashcam pada kereta kini dilihat semakin penting terutama untuk merakam semua aktiviti berlaku di sekitarnya.

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk memiliki dashcam tetapi terlalu banyak peranti tersedia di pasaran, maka model terbaharu daripada 70mai iaitu A810 4K baharu adalah pilihan terbaik kerana ia hadir dengan pelbagai teknologi terkini.

70mai A810 baharu didatangkan bersama kamera hadapan 4K dengan Sony Starvis 2 IMX678, sementara kamera belakang pula RC12 dengan HDR.

Ini bermakna ia mampu memberikan visual lebih jelas ketika pemanduan waktu malam, selain daoat mengurangkan silau.

70mai A810 4K juga dilengkapi teknologi baharu iaitu AI Motion Detection dan fungsi 4G yang  berupaya mengesan kenderaan berhampiran walaupun semasa dalam mod parkir.

Menerusi fungsi 4G, ia akan memberi amaran secara terus pada telefon pintar apabila terdapat objek atau kenderaan terlalu dekat dengan kereta anda.

Ia juga berfungsi sebagai pengesanan tempat letak kereta. Sebagai contoh, jika anda terlupa atau tersesat di tempat letak kereta, fungsi 4G ini akan membantu mengesan keberadaan kenderaan anda.

Walau bagaimanapun, fungsi berkenaan perlu disertakan sekali dengan pengunaan 4G Hardware Kit. Namun, perisian tersebut hanya akan dikemas kini pada Oktober 2023.

Perincian lain 70mai 810 termasuklah ciri-ciri seperti Advanced Driver-Assistance System (ADAS) yang merangkumi Lane Departure, Forward Collision, Forward Vehicle Start serta Pedestrian Alert.

Harus tahu bahawa anda hanya boleh menggunakan SD card kelas U3 atau V30 ke atas sahaja kerana SD card jenis Sandisk Endurance dan Sandisk Extreme mempunyai ketahanan lebih baik.

Jika berminat, anda boleh membeli dashcam 70mai A810 menerusi laman web auto2u.my dengan promo kod MEKANIKA50.

Bukan itu sahaja, 50 pembeli terawal juga bakal menerima 70mai key pouch dan side mirror proof secara percuma.

Google ads
Back to top button