Buletin

BELI DASHCAM 70MAI M500 DENGAN MEKANIKA. DAPAT DISKAUN, HADIAH DAN MENANG VACUUM KERETA!  

Penggunaan perakam video di dalam kereta atau dashcam kini dilihat semakin penting kerana ia boleh menjadi bukti kukuh sekiranya perkara tidak diingini seperti kemalangan atau jenayah berlaku. 

Namun, penawaran yang terlalu banyak di pasaran membuatkan kita keliru apakah jenama dashcam yang patut dibeli. Jangan risau, Mekanika Malaysia ada penyelesaiannya. 

Memperkenalkan perakam video terbaharu daripada 70Mai iaitu 70Mai M500. Lebih menarik lagi, model terbaharu itu masih belum dilancarkan lagi secara rasmi, tetapi anda sudah boleh membelinya menerusi platfrom Auto2u.my

Jadi apa keistimewaan perakam video ini? Banyak tuan-tuan. 

Pertama, kamera ini mampu merekod dengan kualiti visual ultra HD 1944p. Jika dibandingkan dengan rakaman HD biasa, peranti ini mempunyai kamera 5 mega piksel yang kualitinya 2.5 kali lebih baik daripada rakaman 1080p. 

Kedua, kamera yang ada pada 70Mai M500 mampu merekod pada 170 darjah. Maksudnya, sudut rakamannya adalah lebih luas, sekali gus mengurangkan titik buta. Tidak cukup dengan itu, kamera tersebut menggunakan kamera dengan aperture f2.0 yang membolehkan kamera merakam visual lebih terang pada kondisi cahaya yang malap atau pada waktu malam. 

Ketiga, ciri GPS binaan dalam boleh merakam semula perjalanan yang dilalui sebelum ini. Jadi, jika pemandu ada terjumpa tempat makan yang menarik atau terlibat dalam kemalangan di lokasi tertentu, ia boleh pin lokasi berkenaan dengan tepat. 

Keempat, 70Mai M500 dilengkapi ciri Advanced Driver Assistance System (ADAS). ADAS membantu memberi amaran dalam bentuk suara kepada pemandu agar lebih peka menerusi ciri Lane Departure, Moving Traffic, Forward Collision dan Pedestrian Collision. Canggih kan? 

Kelima, memori binaan dalam tidak memerlukan anda untuk membeli dan memasukkan kad memori asing ke dalam dashcam ini. Dikenali sebagai eMMC 5.1, ia bukan sahaja menjimatkan wang, malah lebih senang untuk digunakan. 

Keenam, anda boleh menggunakan aplikasi 70Mai untuk menyambungkan dashcam ini menerusi wifi. Aplikasi itu menawarkan pelbagai fungsi menarik seperti merakam video, foto, mengubah suai durasi rakaman, sensitiviti sensor G dan banyak lagi. 

Ketujuh, ciri parking monitor. Tetapi, untuk menggunakan ciri ini anda perlu membeli hardwire Kit berharga RM59 secara berasingan. Ciri tu berfungsi seperti CCTV ketika kereta diparkir dan akan merakam jika pergerakan dikesan. 

Menarik kan? Kalau hendak beli, kempen jualan dashcam 70Mai M500 dengan Mekanika sudahpun bermula sejak 23 Februari lalu sehingga 9 Mac depan. Pembeli akan menikmati harga istimewa iaitu RM399 (harga asal RM439) bagi kapasiti 32GB. Manakala untuk 64GB pula hanya RM439 (harga asal RM479). Penghantaran adalah percuma. 

Bukan itu sahaja, pembeli akan menerima hadiah menarik seperti pelitup muka Oxwhite berharga RM20. Selain pelekat yang juga berharga RM20. Paling best, sepuluh orang pembeli bertuah akan menerima penyedut hampagas kereta 70Mai. Peh…

Untuk mendapatkan potongan harga dan hadiah-hadiah tersebut, anda perlu memasukkan kod promo MEKANIKA500 sebelum checkout dan membuat pembayaran. 

Berminat? Baik beli sekarang. Kalau lambat, habis pulak free gift nanti. 

Google ads
Back to top button