
ACCORD GANTI PERDANA DAN INSPIRA
Kementerian Kewangan dalam sekeping surat pekelilingnya bertarikikh 29 Julai lalu mengesahkan bahawa Proton Perdana Executive dan Proton Inspira yang sebelum ini digunakan oleh pegawai kanan kerajaan akan digantikan dengan Honda Accord.
Surat yang dialamatkan kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan menyatakan penggantian itu akan dibuat secara berperingkat. Ia dimulakan dengan Proton Perdana Executive.
Proton Perdana Executive yang digunakan oleh anggota pentadbiran, Yang Di-Pertua (YDP) dan Timbalan YDP Dewan Negara/Dewan Rakyat, Hakim, Pegawai Perkhidmatan Gred A dan ke atas atau setaraf akan digantikan dengan Honda Accord 2.4L.
Sementara model Proton Inspira untuk Pegawai Perkhidmatan Gred Utama/Khas B dan C atau setaraf akan digantikan dengan Honda Accord 2.0L.
Keutamaan penggantian itu akan diberikan kepada pegawai yang belum dibekalkan dengan kereta rasmi jawatan atau kereta tersebut telah tamat tempoh pajakan.
Penggantian kereta itu juga dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.
TV3 dalam laporannya pula menyebut Proton dijangka mengunakan platform Honda Accord bagi membangunkan model pengganti Proton Perdana V6.
Menurut Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad, pengunaan platform Accord dilihat lebih pratikal, kerana terdapat beberapa spekfikasi yang sama serta mampu menjimatkan kos pengeluaran.











