Pandu Uji

FORD RANGER 3.2L XLT – RM99,888

Ford baru-baru ini memperkenalkan varian terkini rangkaian Ranger Double Cab 4×4 3.2L XLT Hi-Rider dengan transmisi manual enam kelajuan dan ciri Electronic Shift-On-The-Fly, pada harga RM99,888. 

Ranger XLT Manual 2

Jentera ini menggunakan khidmat enjin diesel Duratorq TDCi² 3.2L Variable Geometry Turbo berkuaasa 200PS dan tork maksimum 470 Nm. Ford Ranger 3.2 XLT juga menjimatkan bahan api dengan catatan serendah 8.9L/100km.

Ranger_19_HR

Penampilannya kian menyerlah menerusi penggunaan rim aloi bersaiz 17 inci dan pilihan warna baru iaitu merah (True Red) yang eksklusif.  Warna-warna lain yang ditawarkan termasuklah kelabu, perak dan putih.

garaj - ranger (7)

Ford Ranger 3.2L XLT telah diuji di laluan paling sukar merentas lima benua demi memastikan ketahanannya. Ia juga direka agar selesa dan menyenangkan pengguna dengan lebih 20 ruang penyimpanan, selain ruang kaki dan kabin yang luas.

 garaj - ranger (9)

Harus tahu bahawa trak ini mempunyai kemampuan mengharung air terbaik dalam kelasnya sehingga 800mm, walaupun dengan beban penuh. Ia mampu mengangkut beban sehingga 1,227kg dan memiliki keupayaan menunda seberat 3,350kg bagi menyelesaikan apa jua tugas yang sukar.

Interior_Speedometer

Padat dengan teknologi pintar, varian Ranger ini hadir dengan ciri Bluetooth®4 bersama Voice Control dan Electronic Shift-On-the-Fly. Ia membolehkan penukaran pacuan dua roda kepada empat roda dan sebaliknya dapat dilakukan dengan mudah pada kelajuan sehingga 120km/j.

Ranger_24_HR

Menjadi antara trak pikap paling maju dalam kelasnya, ia dilengkapi ketersambungan USB-iPod serta iPhone, penggilap cermin Auto Rain dan Speed Sensing, paparan Sistem Audio berwarna bersaiz 4.2 inci dan cermin pandang belakang elektrokromatik.

garaj - ranger (4)

Ford Ranger 3.2L XLT dipasang dengan sistem brek antikunci (ABS) dan Electronic Brake Force Distribution (EBD) sebagai ciri standard. Ia juga  sarat dengan ciri keselamatan aktif dan pasif. Misalnya, Load Sensing Proportionate Valve (LSPV) yang mengoptimumkan kestabilan kenderaan untuk membantu pemandu mengurus beban mereka.

Ranger_18_HR

Selain Emergency Brake Assist (EBA) yang menawarkan tekanan brek tambahan dalam situasi olah gerak dan membrek sewaktu kecemasan dan Emergency Brake yang nemberi amaran kepada pemandu lain dengan menyalakan lampu isyarat berkelip apabila kenderaan diperlahankan dengan pantas.

Ford Ranger Double Cab 4×4 3.2L XLT serba baharu kini sudah dibuka untuk tempahan dan pandu uji di semua bilik pameran Ford di seluruh negara. Maklumat lanjut mengenai Ford Ranger serba baharu, sila layari laman web: www.ford.net.my

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button