Buletin

ANDA KINI BOLEH BELI KERETA TOYOTA DI LAZADA DAN SHOPEE

UMW Toyota Motor telah membuka kedai dalam talianM di dua platform e-dagang paling popular di Malaysia, Lazada dan Shopee.

Dengan adanya platform dalam talian itu, Toyota Malaysia Flagship Stores akan dibuka 24 jam, tujuh hari seminggu dan pelanggan boleh berkunjung pada bila-bila masa sahaja.

“Memandangkan beli-belah dalam talian telah menjadi sebahagian daripada aktiviti kehidupan masa kini, UMW Toyota Motor tidak mahu ketinggalan melalui pengenalan Toyota Flagship Stores.

“Kami ingin menjadikan pengalaman pembelian kenderaan Toyota lebih mudah, terutama jika pelanggan inginkan tawaran serta penjimatan istimewa.

“Ini juga menjadi penambahan terbaru kepada Toyota Online Showroom yang diperkenalkan sebelum ini dan mendapat sambutan menggalakkan,” ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Yuran tempahan yang dikenakan adalah serendah RM250. Bayaran boleh dibuat dengan cara yang sama seperti pembelian barangan lain secara dalam talian. Misalnya menggunakan kad kredit atau pindahan wang secara elektronik dari akaun bank.

Yuran tempahan berkenaan adalah langkah pertama bagi proses pembelian. Diikuti  oleh layanan daripada penasihat jualan di cawangan sah Toyota berdekatan dengan pelanggan.

Sokongan perbualan juga ada disediakan dalam talian (Isnin-Jumaat, 9.30 pagi-5.30 petang) bagi pelanggan yang mungkin ada sebarang pertanyaan.

Promosi akan diadakan di kedai dalam talian berkenaan dari semasa ke semasa dengan tawaran penjimatan eksklusif.

Sebagai contoh, promosi istimewa bagi Toyota Fortuner (stok terhad) dengan penjimatan bernilai sehingga RM22,760. Ia datang dengan khidmat servis berjadual percuma selama lima-tahun (tertakluk kepada terma dan syarat).

Tawaran istimewa (Untuk model 2019 terpilih sahaja) lain turut disediakan. Misalnya bagi Toyota Innova, Toyota Harrier dan Toyota Hilux (stok terhad). Semua tawaran ini hanya sah bagi tempahan secara dalam talian sahaja melalui Toyota Flagship Stores di Lazada dan Shopee.

Google ads
Back to top button