Buletin

LAND ROVER DEFENDER ADA MODEL HARD TOP, JIP MODEN GAYA RETRO!

Sejak tahun 1948 Land Rover mengeluarkan model 4×4 sejati dan SUV untuk pelbagai kategori pengguna. Ada 4×4 untuk kerja-kerja lasak, pasukan keselamatan dan SUV mewah seperti Range Rover dan Evoque.

Model pertama yang dikeluarkan ialah Land Rover Series I pada tahun 1948 dan berlanjutan hingga Series II, Series III dan berakhir pada tahun 1985.

Selain Series I hingga III, ada sebuah lagi model ikonik iaitu Defender yang bermula sebagai Land Rover 90 dan 110 pada tahun 1983.

Setelah beberapa tahun di pasaran, 90 dan 110 ditamatkan dan model baharu yang dikeluarkan pada tahun 1990 diberi nama Defender.

Defender seperti tradisi jip Land Rover lama di pasaran dengan beberapa varian dalam bentuk gayaan badan dan enjin mengikut peredaran masa serta undang-undang sehingga ditamatkan pada 2016. 

Land Rover mengambil masa agak lama sebelum ia digantikan dan jurang masa tersebut digunakan sebaiknya setelah model baharu jelas menarik  semasa dipertontonkan pada September 2019 di Geneva.

Nama Hard Top sebenarnya mengimbas kembali model terdahulu yang mudah dikenali dengan gaya bumbung tersendiri.

Defender 2020 kekal dipengaruhi gayaan asal, berkotak, utilitarian dan dengan unsur-unsur moden yang menjadikannya unik dan berbeza di pasaran. Ia kekal dengan semangat asal iaitu 4×4 sejati.

Terbaru Land Rover mengesahkan penawaran varian komersial Defender 90 dan 110 dengan jenis Hard Top dan dijadual untuk dilancarkan pada tahun ini.

Defender Hard Top ini dibangunkan oleh Land Rover Special Vehicle Operations bagi menghasilkan model yang tahan lasak, praktikal dan kuat.

Berikut ialah di antara ciri-ciri awal Land Rover Defender Hard Top 90 dan 110:

  • Suspensi bebas, pegas gegelung (coil-sprung).
  • Pilihan suspensi udara (air suspension).
  • Geometri luar jalan raya (off road) dengan kelegaan bumi 291mm.
  • Defender 110 Hard Top mempunyai sudut approach, breakover dan departure masing-masing pada 38, 28 dan 40 darjah (pada ketinggian luar jalan raya.
  • Tiada kerusi pada barisan kedua dan ketiga. 
  • Pilihan jump seat pada bahagian depan boleh memuatkan tiga individu.
  • Apabila muatan kargo penuh atau kerusi jump seat diduduki di mana pandangan pemandu terhalang, sistem cermin ClearSight Rear View memaparkan ruang belakang Defender dengan siaran video langsung dari kamera.

Selain ciri tersebut, Defender Hard Top akan dilengkapi Sistem Bantuan Pemanduan Lanjutan dengan komprehensif.

Buat masa sekarang, Defender 110 versi penumpang sedang diedarkan kepada pembeli dan masa diperlukan sebelum banyak dilihat di atas jalan raya. 

Dengan strategi tepat, Defender akan kembali membanjiri jalan raya dan luar jalan raya seperti yang telah terbukti selama puluhan tahun di pasaran sebelum ini.

BACA: LAND ROVER VELAR R-DYNAMIC BLACK, LAWA SANGAT!

BACA: TOYOTA HILUX 2020 DENGAN ENJIN 2.8L, 204HP 500NM!

BACA: HONDA PASSPORT 2019 – DULU ISUZU RODEO SEKARANG BARU HONDA

Google ads
Back to top button