
ART BERKUASA HIDROGEN JALANI UJIAN LATIHAN BUKTI KONSEP DI KOTA SAMARAHAN
Sistem Aliran Transit Autonomous (ART) mula menjalani Ujian Latihan Bukti Konsep (POC) di Kota Samarahan, semalam.
Latihan berkenaan dilakukan selepas laluan khas bagi kenderaan berkuasa hidrogen itu telah disiapkan.
Ujian latihan bukti konsep (POC) itu telah melalui laluan sepanjang 2.6 Kilometer di antara dua bulatan Kuching-Samarahan Expressway yang telah ditukar menjadi persimpangan lampu isyarat pintar.

Laluan itu turut dilengkapi dengan lampu isyarat teknologi pintar bagi memastikan aliran trafik bergerak lancar.
Laluan berkenaan bakal menjadi sebahagian daripada lorong khusus tetap yang dibina untuk penjajaran ART Blue Line.
Semasa menjalankan ujian kejuruteraan dan latihan POC, prototaip kenderaan hidrogen ART tidak dibuka kepada orang ramai.
Bagaimanapun pihak berkepentingan terpilih akan dijemput untuk merasai pengalaman menaiki ART, sebagai sebahagian daripada usaha pengumpulan data.
Kenderaan ART prototaip untuk latihan POC ini berukuran 30.2 meter panjang, 2.65 meter lebar dan 3.7 meter tinggi.
Ia boleh mencapai kelajuan sehingga 70 kilometer sejam dan mempunyai kapasiti 300 penumpang dengan susun atur tempat duduk yang akan disemak semula. – TVS
- BACA: SISMA AUTO BUKA PUSAT 3S VOLVO DI SUNGAI BESI. PELABURAN CECAH RM30 JUTA
- BACA: CHERY OMODA E5 MENDARAT DI MALAYSIA – JANA 221HP, JARAK GERAK 450KM
- BACA: DHL EXPRESS TERIMA 44 BUAH VAN ELEKTRIK CAM EA4, FOTON iBLUE DAN TUJUH SKUTER ELEKTRIK BLUESHARK R1
- BACA: 5 FAKTA MENARIK TENTANG HONDA INTEGRA DC2 TYPE R – ORI PUNYA BUKAN KLON OKEY