
CHERY OMODA E5 MENDARAT DI MALAYSIA – JANA 221HP, JARAK GERAK 450KM
Kereta elektrik pertama OMODA, OMODA E5, telah tiba di Pelabuhan Klang di Kuala Lumpur, menandakan pengenalan barisan baharu dalam Pasaran mobiliti pintar di Malaysia.
Menurut CHERY Malaysia, ia bakal mengadakan acara pratonton media tidak lama lagi, bagi membolehkan wakil media alami sendiri keupayaan Chery OMODA E5.
Untuk rekod, OMODA E5 dijana oleh bateri 61kWh yang berupaya menghasilkan 221hp dan mempunyai daya pecutan 0-100km/j dalam masa 7.8 saat.

OMODA E5 menawarkan jarak gerak maksima sehingga 450km, sementara bateri pula boleh dicas 20-80 peratus, mengambil masa sekitar 35 minit menggunakan pengecasan pantas DC.
Dari segi ciri-ciri, ia akan dilengkapi dengan sistem ADAS, merangkumi 16 fungsi, antaranya Blind Spot Monitoring, Autonomous Emergency Braking, dan Rear Cross Traffic Alert.
Memetik laporan dari Paultan, model ini bakal ditawarkan dengan tujuh pilihan warna badan dengan tiga warna dalaman.
Beralih pada harga pula, tiada pendedahan dibuat setakat ini bagi model OMODA E5 dan untuk makluman, model semasa CHERY OMODA 5 sebelum ini dilancarkan pada harga bermula RM108,000 hingga RM118,000.