Buletin

DHL EXPRESS TERIMA 44 BUAH VAN ELEKTRIK CAM EA4, FOTON iBLUE DAN TUJUH SKUTER ELEKTRIK BLUESHARK R1

DHL Express baru-baru ini menerima sebanyak 44 buah van elektrik dan tujuh skuter elektrik, sekali gus di landasan tepat mencapai sasaran Seluruh Kumpulan iaitu 60 peratus armada elektrik menjelang 2030.

Syarikat tersebut muncul sebagai yang pertama di negara ini menggunakan kenderaan elektrik sejak Oktober 2022.

Selain itu, syarikat berkenaan turut merancang untuk menukar sebanyak 23 peratus daripada semua kenderaan penghantaran jarak jauhnya di Malaysia kepada elektrik, menjelang akhir 2024.

Melalui skuter elektrik pintar Blueshark R1, jentera tersebut akan digunakan untuk mengambil dan menghantar dokumen serta barangan kecil, selain menawarkan sokongan penghantaran ‘ad-hoc‘ untuk surat-menyurat kerajaan.

Penghantar barangan akan mula menggunakan skuter elektrik ini di laluan operasi mereka di Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka, dan Ipoh.

Sementara itu, sebanyak 44 buah van elektrik telah ditambah, menjadikannya kepada 54 buah secara keseluruhan, akan memperluaskan liputan ke negeri lain seluruh negara di luar Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Johor.

Van elektrik tersebut adalah dari jenis CAM EA4 dan Foton iBlue, sekali gus melengkapkan unit CAM EC35 sedia ada.

Menurutnya, kenderaan elektrifikasi merupakan langkah pengurangan karbon utama bagi Pelan Hala Tuju Kelestarian Kumpulan DHL kerana mereka telah melabur sebanyak EUR 7 bilion dalam laluan ke pelepasan karbon bersih-sifar.

Untuk rekod, syarikat itu kini mempunyai sebanyak 29,200 EV yang beroperasi merentasi rangkaian antarabangsanya, di mana 27,800 daripadanya terlibat dalam pengambilan dan penghantaran.

Google ads
Back to top button