
XPENG X9 EV DIPERKENALKAN DI CHINA – JANA 419HP, HARGA BERMULA RM252K
XPENG Motors, peneraju dalam pasaran kenderaan elektrik pintar di China, telah melancarkan XPENG X9 di Auto Guangzhou 2023.
Untuk rekod, model inovatif ini diletakkan pada harga bermula RMB388,000 (RM252,579).
XPENG X9 dibina di atas platform SEPA2.0, di mana menurut syarikat itu ia akan mentakrifkan semula segmen kenderaan elektrik 7 tempat duduk dengan teknologi canggih.

Tambah XPENG, XPENG X9 bukan sekadar kenderaan elektrik, ia adalah simbol evolusi teknologi dalam industri automotif.
Pelancarannya menandakan satu langkah besar ke hadapan untuk XPENG dalam mempelbagaikan rangkaian EV Pintar mereka, meliputi sedan, SUV dan kini MPV.
Dari segi dimensi, XPENG X9 ini berukuran sepanjang 5,293mm, lebar 1,988mm, tinggi 1,785mm dan jarak roda 3,160mm.

Di bahagian dalam, model ini diletakkan bersama skrin 21.4 inci, “peti sejuk” terbina dalam dengan tetapan suhu antara 0-50° C (32-122° F) di tempat duduk barisan kedua.
Selain itu, kita dapat melihat kabin tersebut dilengkapi gugusan instrumen digital, sistem infotainmen terapung dan pengecas telefon pintar tanpa wayar.
Secara mekanikal, XPENG X9 dikuasakan oleh dua rangkaian kuasa berbeza.
Varian motor tunggal akan mempunyai 315hp, manakala model dwi-motor berupaya menghamburkan kuasa sebanyak 496hp.
X9, lebih besar daripada Chrysler Pacifica, dijual pada harga sekitar RMB388,000 (RM252,579) dan penghantaran dijadualkan bermula pada bulan Januari.
GALERI:





- BACA: NILAI KEKAYAAN CEO XPENG MEROSOT SEBANYAK 75% GARA-GARA PERANG HARGA TESLA
- BACA: PEMILIK KERETA ELEKTRIK XPENG TERPAKSA MELUTUT DEMI FACIAL RECOGNITION
- BACA: STRATEGI GILA AIWAYS TERBUKTI BERJAYA DI EROPAH. NIO, XPENG DAN BYD PUN TAK BOLEH LAWAN
- BACA: TAK PERLU GENTAR DENGAN PENGELUAR KERETA DARI CHINA – CEO VOLKSWAGEN