BuletinModifikasi

BANGKOK AUTO SALON 2018: TOYOTA HIACE DENGAN ENJIN NISSAN GT-R!

Beberapa bulan lepas, kami siarkan video pendek kereta ini. Dari Jepun, sebuah Hiace telah dimodifikasi dengan enjin Nissan GT-R VR38DETT.

Sebuah enjin V6 twin turbo ke dalam kerangka Hiace kedengaran agak melampau, tapi ia adalah kejadian benar dan ia berada di depan mata kami hari ini.

BACA: SEPUTAR BANGKOK AUTO SALON 2018 (BAH 1)

Hiace ini dikenali sebagai VITABON-GO VR38. Secara asasnya ia digerakkan oleh enjin VR38DETT dengan pacuan roda belakang yang disalurkan menerusi kotak gear LIMA kelajuan Toyota.

Modifikasi telah dibuat, antaranya pelapik klac OS GIken Triple plate untuk menampung sejumlah 600 kuasa kuda yang telah dibuat menerusi penukaran sistem turbo lebih besar, intercooler dan sistem komputer.

Kuasa di salurkan e permukaan jalan menerusi roda T-Style X-TRee berdiameter 19 inci dan dipasangkan dengan tayar Yokohama Advan Neova 255/35r19. Ya. Van pakai Neova.

Ye lah, 600hp tak kan nak pakai Linglong.

Menambah keyakinan lagi ialah sistem brek dari FInal Konnexion Stealth yang dibantu rotor berprestasi tinggi AP Racing Pro5000R.

Bahagian dalaman dipasangkan dengan sepasang kerusi bucket Recaro Sportster dan roda setering Nardi. Sistem hiburan pula dari Carrozeria.

GALERI

Google ads
Back to top button