
BuletinModifikasi
BANGKOK AUTO SALON 2018: THAILAND. TRAK PIKAP DI MANA MANA!
Seperti yang kita ketahui, trak pikap adalah kenderaan yang popular di Thailand. Tanpa Thailand, tak mungkin Isuzu berada pada kedudukannya pada hari ini. Isuzu dan Thailand sangat sinonim malah bagi Isuzu, Thailand lebih penting dari Jepun sendiri.
Tapi ia bukan Isuzu sahaja. rakyat Thailand memang menggemari trak pikap dan tak hairanlah, semua varian pikap boleh didapati di sini. Dari standard dual cab, single cab, separuh cab dan jenis-jenis tune-up yang dibuat oleh pengeluar sendiri.
Ada terlalu banyak yang dipamerkan di sini dan kami siarkan sebahagian daripadanya.
GALERI