
BANGKOK AUTO SALON 2018 – BAH 1. INI MEMANG BERBALOI-BALOIII!!!
Tahun lepas, waktu yang sama kami datang ke sini membuat liputan. Cumanya perancangan ke Bangkok waktu itu dibuat pada saat-saat akhir.
Salah satu sebabnya ialah kami tak ingat tarikh acara ni sehinggalah seorang rakan yang mengemaskini status facebooknya yang berada di Bangkok. Terus beli tiket kapalterbang!
Tapi tahun ni kami datang lebih awal.
Sebenarnya, pintu pameran Auto Salon ini baru sahaja dibuka jam 10 oagi tadi dan kami merupakan antara media antarabangsa yang tiba awal di sini.
BACA: SEKITAR BANGKOK AUTO SALON 2017
Baiklah, kalau nak dibandingkan dengan Tokyo atau OSaka, Bangkok ni kecik sahaja skala pamerannya. Namun kesungguhan penganjurnya mengadakan pameran ini wajar diberi pujian. Setiap tahun, boleh nampak peningkatan kualiti pameran meningkat. Kalau dulu, cuma kereta-kereta Thailand, sekarang sudah banyak kereta dari luar malah kereta dari Jepun juga semakin meriah.
Apa yang menarik?
Tahun ni nampak lebih meriah sebab biasanya hari pembukaan tak ramai sangat manusia, tapi kali ni tu dia… nak berjalan pun boleh tahan susahnya.
BACA: SUZUKI JIMNY MONSTRER TAJIMA DI BANGKOK AUTO SALON!
Dari pintu masuk, di susun pempamer, kereta JDM, trak, motosikal, gerai jualan, tempat urut kaki, jual rumah, teh hijau siam yang sedap dan juga gerai Spoon yang memang batak betul berbaris panjang.
OKlah, Abang Japar nak pusing lagi ni, kat luar pun belum tengok lagi, nanti kita sambung di Bahagian 2.
Sementara tu, nah, enjoy dulu gambar-gambar ni.
GALERI