Buletin

BATERI HABIS, PEMILIK TERPAKSA CAS TESLA MODEL S DEPAN STESEN MINYAK

Di tengah-tengah kekalutan akibat konflik Rusia-Ukraine, seorang pemilik Tesla Model S berdepan situasi cemas apabila keretanya tidak cukup kapasiti tenaga untuk membolehkannya sampai ke stesen pengecasan Tesla Supercharger di bandar Sibiu, Kyiv.

Menurut InsideEVs, EV tersebut tersadai di depan sebuah stesen minyak sehingga menghalang salah satu daripada dua lorong jalan raya tersebut.

Pemilik kenderaan tersebut kemudian terpaksa menggunakan wayar sambungan daripada stesen minyak tersebut untuk mengecas Tesla Model S tersebut, biarpun mengetahui ia bakal memakan masa yang agak lama bagi membolehkan EV tersebut mendapat cas yang mencukupi untuk tiba di stesen Supercharger.

Bandar Sibiu menerima kehadiran stesen pengecasan Tesla Supercharger pada musim panas tahun 2021, dan lokasinya tidak begitu jauh daripada stesen minyak di mana Tesla Model S tersebut tersadai – InsideEvs

Google ads
Back to top button