Buletin

TESLA MODEL 3 KERETA ELEKTRIK TERPAKAI PALING LARIS DI AMERIKA SYARIKAT

Laman penjualan kereta terpakai di Amerika Syarikat, Carvana telah mengeluarkan senarai kenderaan elektrik terpakai paling laris untuk tempoh separuh pertama tahun 2023.

Mereka mula menjual EV terpakai pada tahun 2013, dan sejak daripada itu Carvana telah menyaksikan peningkatan sebanyak 150 peratus dengan pelbagai jenis model terjual di laman web dalam tempoh lima tahun yang lepas.

Seperti yang dijangka, Tesla Model 3 mendahului senarai sebagai kereta elektrik terpakai yang paling laris di Amerika Syarikat, diikuti Nissan LEAF di tempat kedua, BMW i3, Chevrolet Volt dan Tesla Model Y.

Biarpun telah lama berada di pasaran, populariti Tesla Model S masih lagi kuat di mana model EV tersebut menduduki tangga keenam, diikuti Volkswagen e-Golf, Chevrolet Bolt, Ford Mustang Mach-E dan Chevrolet Spark.

Sebagai makluman, harga untuk sebuah Tesla Model 3 terpakai bermula sekitar $32,000 hingga $52,000 (RM148,848-RM241,878) bergantung kepada usia dan jarak perbatuan, sementara Tesla Model S boleh didapati bermula dari $30,000 (RM139,545). – InsideEVs

Google ads
Back to top button