Buletin

INI IALAH STESEN MINYAK TERBESAR DI DUNIA!

Stesen minyak terbesar dunia adalah cawangan Buc-ee’s di Sevierville, Tennessee, yang berkeluasan 74,000 kaki persegi, mempunyai 120 pam pengisian dan 350 pekerja.

Buc-ee’s, rangkaian stesen minyak gergasi yang terkenal di dunia yang menguasai jalan raya merentasi selatan AS.

Oddity Central melaporkan, Buc-ee’s mengendalikan berpuluh-puluh stesen minyak tetapi tiada yang sebesar stesen minyak yang dibuka baru-baru di Sevierville, Tennessee, tidak jauh dari lebuh raya utama, Interstate 40.

Buc-ee’s terkenal kerana menggabungkan pasar raya mega di dalam stesen minyak besar mereka.

Tetapi cawangan yang terbaharu ini benar-benar menarik! Dengan berkeluasan 74,000 kaki persegi itu, stesen minyak terbesar di dunia itu bukan sahaja mempunyai pusat beli-belah yang besar, malah restoran barbeku, bilik mandi dan kawasan rehat luas.

Stesen minyak yang dirasmikan pada 26 Jun 2023 itu kini turut menjadi tarikan pelancong.

Bagaimanapun, ia kawasan larangan kepada trak panjang 18 roda, menjadikan stesen minyak itu lokasi selamat untuk pemandu kenderaan lebih kecil dan pejalan kaki.

Selain itu, pengunjung akan menerima layanan mesra daripada 350 pekerjanya.

Namun, lokasi itu dijangka tidak akan lama memegang rekod sebagai stesen minyak terbesar di dunia untuk masa yang lama.

Ini kerana Buc-ee’s sudah memulakan pembinaan stesen minyak baharu di lokasi yang lebih besar seluas 75,000 kaki persegi di Luling, Texas.

Buc-ee’s bermula pada 1982 di Texas, dan pada masa ini adalah satu daripada syarikat yang mendapat penilaian tinggi dalam tinjauan perkhidmatan pelanggan. – Harian Metro

Google ads
Back to top button