
10 EV TERBAIK US 2023, TESLA LANGSUNG TIDAK TERSENARAI
Tesla merupakan antara pengeluar kereta elektrik (EV) terbesar di dunia, namun barisan model EV syarikat tersebut nampaknya gagal untuk memasuki senarai 10 EV terbaik untuk tahun 2023.
Autotrader telah mengeluarkan senarai 10 EV terbaik, namun mengenakan syarat-syarat berikut:
-model tahun 2023
-harga jualan MSRP bawah $100,000
-perlu dijual kepada umum di sekurang-kurangnya 15 buah negeri di US
Biarpun begitu, setiap kereta yang dipertimbangkan perlulah mencapai skor yang tersendiri oleh pasukan editorial.
Sementara model Tesla juga turut termasuk di dalam senarai, namun gagal untuk mendapat skor tinggi yang mencukupi untuk melayakkannya memasuki senarai 10 teratas.

Berikut merupakan 10 EV terbaik untuk tahun 2023 di pasaran Amerika Syarikat:
- BMW i4 2023
- Ford F-150 Lightning 2023
- Genesis G80 Electrified 2023
- Genesis GV60 2023
- Hyundai Ioniq 5 2023
- Kia EV6 2023
- Lucid Air 2023
- Nissan Ariya 2023
- Porsche Taycan 2023
- Rivian R1T 2023
*senarai disusun mengikut turutan abjad
Dalam satu perkembangan berbeza, laman Autotrader UK baru-baru ini telah menganugerahkan Tesla Model Y sebagai “Best Car for Families 2023”, manakala syarikat Tesla itu sendiri meraih anugerah untuk kategori teknologi terbaik untuk tahun 2023. – Autotrader