Buletin

PEMILIK LEXUS, MINI PALING BERPUAS HATI DENGAN PERKHIDMATAN PENGEDAR MASING-MASING DI US

Pengalaman selepas jualan bukan sekadar merangkumi apa yang dirasai sepanjang pemilikan kenderaan, malah ia juga turut meliputi perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengedar masing-masing.

Menurut kajian terbaharu J.D. Power, mereka mendapati kebanyakan pemilik MINI dan Lexus berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengedar jenama tersebut.

Di dalam kategori jenama mewah, Lexus mengungguli carta dengan skor sebanyak 897, mengalahkan jenama Cadillac di tempat kedua (skor 880), Porsche (879), Acura (871) dan BMW (866).

Sementara kategori pasaran massa pula menyaksikan MINI mendahului carta dengan skor 873, diikuti Buick (872).

Di tempat ketiga jatuh kepada Mazda dengan skor 856 sementara kejutan terbesar merupakan Mitsubishi dengan skor sebanyak 854 mata.

Kajian J.D. Power mengumpulkan respons daripada 67,185 pelanggan yang berdaftar, serta pengguna perkhidmatan pajakan bagi model kenderaan tahun 2019 hingga 2021 – J.D. Power

Google ads
Back to top button