Buletin

BAYAR SAMAN TRAFIK KEKASIH GUNA KAD KREDIT BINI, SUAMI AKHIRNYA KANTOI

Tindakan seorang lelaki membayar saman trafik kekasihnya menggunakan kad kredit isteri telah membongkar kecurangannya selama ini.

Segalanya terbongkar apabila si isteri pelik dengan transaksi kad kredit yang mencurigakan. Insiden itu berlaku di Dubai.

Sangsi dan mengesyaki kad kreditnya dicuri, wanita berkenaan meminta pihak bank menyekat sementara kad itu dan membuat laporan polis.

Jurucakap Jabatan Jenayah Siber Dubai, Kapten Abdullah al Shehi berkata, sebaik menerima laporan daripada seorang wanita, pihaknya terus menjalankan siasatan

Siasatan mendapati kekasih suami wanita itu menggunakan kad kredit berkenaan.

“Soal siasat dilakukan. Wanita berkenaan terkejut kerana dia tidak menyangka kekasihnya sudah berkahwin,” kata Abdullah.

Menurut Abdullah, pihaknya mengakui terpaksa mengendalikan kes berkenaan dengan berhati-hati. Ia bagi mengelakkan ketegangan berikutan kedua-dua wanita itu tidak mengetahui hal sebenar.

“Isteri tidak tahu kad kreditnya digunakan kekasih suaminya untuk membayar saman. Manakala wanita itu juga tidak tahu lelaki berkenaan sudah berkahwin,” katanya. – Harian Metro

Google ads
Back to top button