
Banyak sebenarnya kisah-kisah marshall atau pembantu litar ni. Kalau anda masih ingat, Rossi pernah menonjol kepala marshall di sepang gara-gara sikap tidak profesional sewaktu perlumbaan baru tamat.
BACA: ROSSI JELASKAN AKSI TUNJAL KEPALA MARSHALL
Kebanyakan marshall lazimnya mengambil peluang untuk bergambar bersama pelumba MotoGP jika ada kesempatan. Samada setelah perlumbaan tamat, ataupun ketika berlaku insiden tertentu yang membolehkan mereka berada di sisi pelumba tersebut.
Namun, ini lain pula kisahnya. Sewaktu perlumbaan MotoGP di Jerez, Sepanyol, seorang marshall tertangkap kerana mengambil stoking penutup brek reservoir motosikal Suzuki milik Alex Rins.
Rins yang menghabiskan perlumbaan di tempat kedua membiarkan motosikalnya seketika untuk bertemu peminat. Marshall tersebut mengambil kesempatan menanggalkan penutup minyak tersebut tanpa menyedari aksinya dirakam kameran “on board” di atas bar hendal.
Kebiasaannya, jentera MotoGP memang dilengkapi kamera yang menghala ke bahagian muka pemandu dan ini tidak disedari oleh marshall tersebut semasa kamera masih aktif. Beliau memasukkan penutup brek tersebut ke dalam poketnya.
Setelah video kecurian tersebut tersebar, Marshall tersebut diminta memulangkan semula barang tersebut dan meminta maaf kepada pihak Suzuki dan Rins.
Apapun, ia memang tindakan yang memalukan!