Buletin

JAMINAN FORD RANGER 2021 KINI 5 TAHUN/160,000KM. PELANGGAN SEDIA ADA BOLEH DAPATKAN PELAN JAMINAN LANJUTAN

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia hari ini memperkenalkan jaminan pengeluar 5 tahun bagi rangkaian model Ranger.

Ia merupakan tambahan dua tahun untuk jaminan pengeluar 3 tahun yang ditawarkan sebelum ini. Sekali gus memberikan nilai tambah yang lebih baik kepada para pemilik Ranger.

Dua pelanJaminan lanjutan untuk pemilik Ford Ranger sedia ada turut diperkenalkan.

Semua model Ford Ranger model 2021 ke atas kini didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun atau perbatuan sejauh 160,000km (mana-mana tiba dahalu).

Sebelum ini, jaminan yang diberikan ialah tiga tahun atau 100,000km (mana-mana tiba dahalu).

Pemilik Ford Ranger yang masih ada jaminan 3 tahun boleh memilih untuk membeli Pelan JaminanLanjutan dikenali sebagai PremiumCARE dan PowertrainCARE di mana-mana pusat servis sah Ford.

Pelan PremiumCARE menawarkan perlindungan menyeluruh selama dua tahun ke atas lebih 1,000 komponen. Manakala pelan PowertrainCARE pula menyediakan jaminan lanjutan selama dua tahun untuk enjin, transmisi dan rangkaian kuasa.

Maklumat lanjut, sila layari www.sdacford.com.my

Google ads
Back to top button