Motosikal

BUAYA TEMERLOH KANTOI!!!

Dua remaja yang mengubah nombor pendaftaran ditahan dalam satu Op Motosikal yang dijalankan di Temerloh oleh Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Temerloh.

Dalam operasi bermula pada pukul 10 pagi hingga 6 petang itu, salah seorang daripada remaja terbabit mengubah nombor pendaftaran menjadi BUAYA manakala seorang lagi menampal pelekat pada nombor pendaftaran.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 108 (3)(E) APJ 1987 dan Seksyen 108 (3) (F) APJ 1987.

Operasi berkenaan diketuai Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Temerloh bersama enam anggota.

Pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap penunggang atau pemandu kenderaan yang mengubahsuai kenderaan dengan niat untuk mengelirukan pihak berkuasa. – FB PDRM

Google ads
Back to top button