Buletin

BMW RARE ‘KANTOIKAN’ BRAD PITT DI PERHIMPUNAN BLACK LIVES MATTER

Kalau nama pun Brad Pitt, agak sukar untuk kekal low profil terutama apabila berada dalam kalangan khalayak umum.

Begitupun, pelakon berusia 56 tahun ini berjaya mencari jalan untuk kekal dalam radar low profil daripada para peminatnya.

Disebabkan motosikal rarenya, identiti pelakon ini terbongkar ketika menghadiri protes keganasan polis dalam memberi sokongan terhadap kempen Black Lives Matter (BLM) bersama kira-kira 50,000 penunjuk perasaan di Hollywood, Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Beliau merupakan antara bintang selebriti terkenal yang mengumpul motosikal. Selain motosikal, pelakon ini memiliki kapal terbang dan helikopter pemberian hadiah oleh bekas isterinya, Angelina Jolie. 

Brad Pitt turut memiliki koleksi-koleksi kereta yang banyak, namun motosikal tetap menjadi cinta pertama pelakon ini.

Menurut Daily Mail, Brad Pitt menunggang motosikal BMW rarenya ketika berada di protes George Floyd berkenaan dan memiliki gambar pelakon itu di lokasi kejadian.

Kalau bukan disebabkan pakaian dan motosikalnya, satu dunia pasti tidak mengetahui bahawa individu yang berada diprotes berkenaan merupakan pelakon popular itu.

Tindakan pelakon itu sekali gus menunjukkan bahawa beliau hanya ingin memberi sokongan terhadap protes berkenaan bukan meraih perhatian orang ramai.

Seorang wanita yang merakam gambar Brad Bitt memberitahu, mereka melihat kelibat pelakon itu kira-kira pada pukul 4 petang sebelum protes bermula.

Katanya, beliau menunggang motosikal dan memakai hoodie George Floyd serta helmet sepanjang masa. Bagaimanapun, ketika ceramah, Brad Pitt telah membuka sarung muka dan melemparkan senyuman kepada orang ramai. – autoevolution.

Google ads
Back to top button