Artikel Pilihan

#IKLANPILIHAN: TOYOTA ALTEZZA GITA. WAGON RARE UNTUK DILEPASKAN. DUA PAKEJ HARGA, BERMULA RM60K

Ada siapa-siapa tengah mencari Toyota Altezza? Berita baik untuk anda sebab ini ada sebuah hendak dijual.

Lebih menarik, ini bukan Altezza biasa. Tetapi ini ialah varian wagon yang dikenali sebagai Altezza Gita. Dia punya rare? Hanya ada lima unit ada di Malaysia dan ini merupakan antara model yang paling lengkap.

Menurut pemiliknya, Amin, dia mahu menjual kereta tersebut kerana sudah pulang ke kampung. Lagipun, kereta itu lebih banyak duduk bawah garaj dan berselimut daripada bergerak.

β€œJadi, lebih baik bagi org lain yang boleh jaga dan manfaatkannya. Kereta ini baru sahaja habis tempoh AP selama empat tahun. Saya pun baru sahaja dapat tukar nama tak sampai seminggu,” kata Amin.

Amin menawarkan Altezza ini dalam dua pakej. Siap ada pakej kau..

Pakej 1: Gita stock dengan super charger + adjustable tien hlsh + bumper c-west + bonet cf + dashboard sadur cf + alpine sound system + seat baldu

Barang-barang lain yg tidak disebut akan dicabut dan digantikan dengan komponen standard. Harga dipinta: RM65,000

Pakej 2: Gita full package all go dengan bodyparts dan spareparts (bampar belakang, bonet dan cermin belakang, 2 pintu belakang, alternator, compressor) Harga dipinta: RM90,000 (nego)

Dijamin tidak pernah kemalangan, mereka yang berminat boleh melihat dan memandu uji kereta ini di Taiping. Boleh kautim terus dengan owner di pautan ini: www.wasap.my/60195901983/AltezzaGita

Perinciannya adalah seperti berikut: Altezza Gita (1G-FE Super Charger 2.0)

1. Rim Rays RE30 (male female) dengan centre cap (made in Japan)
Depan: 18 x 8 1/2j 0f +22 pcd 114.3
Belakang: 18 x 9 1/2j 0f +25 pcd 114.3
2.Brake Disc caliper brand ideal depan 8 pot belakang 4 pot
3. Bonet dpn fiber charged speed
4. Meter defi & TRD
5. Defi vsd
6. Ganador
7. Headlamp Cibi marukocan
8. Fender fiber
9. Bumper c-west
10. Full lowerBar bawah TRD
11. Antirollbar TRD yellow
12. Adjustable tien HLSH
13. Soundsystem Alpine
14. Charger rotrex with fcon is
15. Ekzos Regu titanium kakimoto racing
16. Lower arm red TRD

Banyak lagi jajan kecil lain yang tidak disebut. Kereta dalam keadaan cemerlang dan dijaga rapi, jarang-jarang bawa dan fully loaded.

GALERI


Google ads
Back to top button